Thursday, September 25, 2014

Ops Mega berjaya turunkan kes demam denggi

  Mohd Shubhi       Thursday, September 25, 2014
Ops Mega dilancarkan dua buan lalu atas matlamat untuk memerangi kes serangan demam denggi yang melanda teruk di negara kita. Ops Mega dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha mereka melawan denggi.

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam, Ops Mega nampaknya telah berjaya mengurangkan kes demam denggi di kebanyakan tempat di seluruh negara.
Ops Mega berjaya turunkan kes demam denggi

Kes demam denggi telah dilapurkan menurun berdasarkan jumlah kawasan panas yang dicatit sepanjang Ops Mega dijalankan.

Di kawasan Lembah Klang sahaja, kawasan panas kes demam denggi telah mencatatkan penurunan daripada 98 lokasi kepada hanya 58 lokasi. Negeri Selangor sahaja telah mencatitkan penurunan kes demam denggi sebanyak 48% pada tarikh 21hb Sept 2014.

Kes demam denggi negeri lain juga turun

Negeri lain seperti negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Kelantan juga mencatitkan penurunan dalam kes demam denggi.

Kes demam denggi di Negeri Sembilan menurun sebanyak 50%

Kes demam denggi di Kuala lumpur menurun sebanyak 36%

Dan kes demam denggi di negeri Kelantan menurun sebanyak 62%

Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan sebanyak 3,000 kes dalam tempoh seminggu sebelum Ops Mega dilancarkan telah menyaksikan penurunan kepada hanya 1,600 kes sahaja seminggu.

Ops Mega juga berjaya menghapuskan terus kawasan panas di Seremban di mana tiada lagi kawasan panas yang dikenal pasti sekarang di sana sejak 5 minggu yang lalu.

Teruskan usaha benteras masalah denggi

Walau bagaimana pun, kerajaan menggesa agar orang ramai meneruskan usaha mereka dalam membantu membenteras kes demam denggi agar dapat dkawal dengan lebih baik.

Bantulah menjaga kebersihan di persekitaran anda dan pasti kawasan sentiasa kering dah tiada potensi untuk nyamuk aedes membiak dan merebak.

Untuk maklumat, kes demam denggi telah dilaporkan sebanyak 74,335 kes sejak 20hb Sept 2014 lalu dan jumlah kematian telah dicatitkan sebanyak 143 kes berpunca daripada demam denggi.

Ini merupakan satu angka yang amat tinggi berbanding hanya 21,453 kes demam denggi dan 45 kematian dalam tempoh masa yang sama tahun sebelum ini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ops Mega berjaya turunkan kes demam denggi

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment