Sunday, September 7, 2014

Virus Denggi DEN-2 penyebab kes mati meningkat

  Mohd Shubhi       Sunday, September 7, 2014
Ada sebanyak empat jenis virus yang menjadi penyebab demam denggi. Keempat-empat jenis virus itu dipanggil sebagai DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4.

Virus demam denggi yang sedang melanda negara kita sekarang adalah DEN-2 yang mana ianya merupakan virus yang ganas melebihi virus sebelum ini.

Virus sebelum ini yang menyerang negara kita adalah DEN-4,  diikuti oleh DEN-3 kemudiannya. Evolusi virus ang ada pada nyamuk Aedes telah berlaku dan sekarang mereka mengeluarkan virus DEN-2.

Jadi masalah sebenarnya adalah evolusi virus yang menjadi semakin ganas dan merbahaya. Akibat daripada virus itu membuatkan jumlah mereka yang meninggal dunia disebabkan demam denggi telah meningkat dengan begitu tinggi sekali.
Virus Denggi DEN-2 penyebab kes mati meningkat

Bila DEN-2 mula merebak

Pengarah kesihatan bahagian vektor kawalan penyakit, Dr Rose Nani Mudin menyatakan bahawa DEN-2 mula muncul dalam negara kita pada bulan March 2013, iaitu lebih setahun yang lalu.

Selain daripada kemunculan DEN-2 yang dikatakan menjadi punca meningkatnya kes demam denggi dan juga kes kematian pada tahun ini, faktor cuaca juga memainkan peranan yang besar.

Keadan cuaca yang kering dan panas sekarang merupakan satu suasana yang sesuai untuk nyamuk. Ditambah pula dengan sekali sekala berlakunya hujan lebat, aktiviti pembiakan nyamuk menjadi bertambah menggalakkan.

Nyamuk Aedes mudah membiak

Nyamuk Aedes dilaporkan mampu bertelur dan menetaskan sebanyak 100 telur di dalam sedikit air yang ada di dalam sudu teh. Dalam masa seminggu sahaja, air dalam sudu teh itu akan melepaskan sebanyak 100 ekos nyamuk Aedes dewasa.

Bayangkan jika ada banyak kawasan yang terbiar dan dipenuhi oleh air bersih yang sesuai untuk aktiviti pembiakan nyamuk Aedes?, keadaan ini membuatkan kawalan nyamuk Aedes menjadi satu perkara yang amat sukar.

Adalah mustahil kerja mengawal pembiakan nyamuk Aedes dalam dilaksanakan dengan baik dan berkesan jika orang ramai tidak turut serta ambil bahagian secara aktif dan konsisten.

Oleh itu, anda perlu mainkan peranan bagi membantu penularan demam denggi ini. Sentiasa pastikan persekitaran rumah anda kering dan bersih. Anda mampu melakukannya!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Virus Denggi DEN-2 penyebab kes mati meningkat

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment