Friday, October 3, 2014

Maklumat terkini kes denggi di Malaysia

  Mohd Shubhi       Friday, October 3, 2014
Untuk anda yang peka kepada masalah wabak denggi yang sedang melanda negara kita sekarang tentu sentiasa ingin tahu apakah perkembangan kes denggi di negara kita.

Kementerian kesihatan telah berusaha memberikan maklumat terkini yang sentiasa dikemas kini untuk memberikan kesedaran terhadap keseluruhan warga negara Malaysia.

Maklumat terkini kes denggi di Malaysia
Adalah pening untuk kita sentiasa peka akan keadaan dan kes denggi yang sedang melanda terutamanya dipersekitaran tempat tinggal kita agar dengan maklumat tersebut, kita akan lebih peka untuk pastikan pembiakan nyamuk aedes dibenteras.

Untuk mereka yang nak tahu maklumat kes denggi terkini di Malaysia, anda boleh klik di wabsite ini. Ia memberikan maklumat terperinci keseluruhan dan juga di kawasan yang anda mahu tahu dengan hanya klik pada kawasan yang anda berminat.

Maklumat terkini kes denggi

Setakat hari ini, iaitu 3hb Oct 2014, carta menunjukkan jumlah kes denggi dilaporkan sebanyak 76,700 ke di seluruh negara.

Negeri Selangor mendahului carta tertinggi dengan jumlah kes sebanyak 37,350 kes. Jumlah kes harian juga paling tinggi di Selangor dengan 115 kes.

Tempat kedua tertinggi berlaku di negeri Kelantan. Negeri tersebut mencatatkan jumlah kes sebanyak 13,050 kes sejak januari 2014 hingga 3 oct 2014.

Negeri-negeri lain yang banyak kes denggi adalah di Wilayah Persekutuan, Johor dan juga negeri Perak.

Pastikan anda sentiasa luangkan sekurang-kurang 15 minit setiap hari untuk membuat pembersihan di sekitar rumah anda.

Galakkan jiran anda melakukan perkara yang sama dan jangan hanya harapkan pihak berkuasa sahaja untuk melakukan semua aktiviti pembersihan.

Kesihatan anda, andalah yang perlu jaga. Jangan harapkan orang lain untuk melakukannya untuk anda.

Maklumat kes denggi dari Ketua Pengarah Kesihatan

Berikut kemas kini dari portal Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang memberikan update berkenaan penurunan kes denggi di beberapa negeri:

"Pada pagi ini saya mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Denggi Peringkat Kementerian Bil.6 /2014.

Hasil dari pelaksanaan pelan tindakan ini, ketiga-tiga negeri di lembah Klang telah menunjukan tren penurunan bagi kes mingguan dan wabak yang dilaporkan seterusnya berjaya mengurangkan bilangan kes keseluruhan negeri tersebut. 

Dalam tempoh 2 bulan, Negeri Sembilan telah berjaya menurunkan kes sebanyak 51%, Selangor berjaya menurunkan kes sebanyak 48% dan WP Kuala Lumpur sebanyak 36%. 

Manakala Kelantan, dalam tempoh 5 minggu pelan tindakan bersepadu dijalankan juga menunjukkan tren penurunan kes mingguan dan telah berjaya menurunkan kes sebanyak 69%. 

Begitu juga dengan dengan kesan terhadap wabak denggi, bilangan Hotspots di Lembah Klang berjaya diturunkan dari 94 kawasan kepada 58 kawasan. Manakala di Seremban tiada kejadian hotspots dilaporkan sejak 6 minggu lalu.

Pihak Kementerian Kesihatan ingin mengucapkan tahnian dan terima kasih kepada semua kementerian dan agensi yang terlibat iaitu;

a. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 
b. Kementerian Kerja Raya, 
c. Kementerian Sumber Manusia, 
d. Kementerian Pendidikan, 
e. Kementerian Komunikasi dan Multimedia, 
f. Kementerian Dalam Negeri, 
g. Kerajaan Negeri

Anda boleh layari portal tersebut dengan banyak lagi berita kesihatan di sini
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Maklumat terkini kes denggi di Malaysia

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment