Wednesday, October 22, 2014

Pest control bukan saja kawal serangga, juga boleh selamatkan nyawa dan perniagaan anda

  Mohd Shubhi       Wednesday, October 22, 2014
Mungkin ramai yang percaya pest control hanya diperlukan setakat untuk mengawal serangga dan makhluk perosak di premis atau tempat anda menginap sahaja.

Tapi banyak juga kejadian yang berlaku menunjukkan bahawa pest control perlu selain daripada mengawal serangan serangga dan makhluk perosak, ia juga mampu selamatkan nyawa dan selamatkan juga perniagaan anda.

Memang betul orang gunakan khidmat pest control untuk mengawal serangan serangga dan makhlk perosak. Tak ada orang yang sanggup kongsikan semua makanan mereka dengan tikus yang berlari ke sana-sini dalam rumahnya.

Tak ada orang yang suka anak-anaknya bermain dengan lipas yang berbau busuk seperti najis di dalam rumah mereka. Dan tak ada orang yang sanggup lihat anak-anak atau diri mereka digigit binatang berbisa seperti semut api atau lipan bara.

Pest control selamatkan nyawa dan perniagaan

Namun begitu, ada lagi keutamaan dan kelebihan menggunakan khidmat pest control di tempat penginapan anda atau di pejabat atau tempat perniagaan anda. Cuba baca cerita berikut di bawah:

Wanita mati ketika tidur di dalam rumahnya

Ada satu kejadian di Tahlequah, Oklahoma. Seorang wanita bernama Rebecca Van Bibber yang berumur 55 tahun pergi melawat rumah anak lelakinya.

Ketika dia sedang tidur di salah satu bilik rumah anaknya, sebatang pokok telah tumbang menimpa rumah tersebut. Dan lebih malang lagi ia tumbang betul-betul pada tempat wanita tadi tidur.

Akibatnya wanita malang itu mati di tempat kejadian. Dilaporkan bukan saja wanita itu meninggal dunia, malah seekor anjing yang dipelihara oleh tuan rumah juga turut terkorban.

Siasatan ke atas kejadian menunjukkan pokok itu tumbang angkara kerosakan terusk yang dilakukan oleh anai-anai pada bantang pokok. Serangan anai-anai memang senyap sunyi atk dapat dikesan. Anda hanya tahu apabila pokok tumbang dan malapetaka menimpa.

Satu keluarga terpaksa keluar berpindah dari rumah

Satu lagi kejadian berlaku di Weldon Spring, Missouri. Satu keluarga telah berpindah masuk ke rumah baru yang baru mereka beli.

Mereka dapati rumha itu telah diserang oleh banyak labah-labah merbahaya. Mereka sangkakan satu rawatan pembersihan mudah dapat selesaikan semua masalah tersebut.

Tapi rupa-rupanya ia bukanlah semudah itu. Kerja pencucian rumah itu tidak dapat menghapuskan labah-labah yang telah bersembunyi di berbagai tempat dan ruang yang tersembunyi.

Kecewa dengan apa yang berlaku mereka telah saman penjual dan nasib baik kes itu telah dimenangi oleh mereka dan dibayar ganti rugi sebanyak $472,110.

Namun begitu, syarikat insurance mereka tidak mahu membiayai rawatan serangga dan makhluk perosak yang perlu dilakukan terhadap rumah tersebut. Binatang merayap labah-labah itu mesti dihapuskan terlebih dahulu sebelum rumah dapat diduduki.

Akhirnya mereka sekeluarga terpaksa berpindah dan keluar saja dari rumah yang telah mereka beli tersebut.

Perniagaan kena tutup akibat serangga penyakit

Dalam industri makanan, kebersihan adalah perkara yang paling utama perlu diambil kira. Sebuah restoran makanan Cina telah ditemui kotor apabila sebanyak 120 ekor lipas berada di dalam restoran itu.

Akibat daripada penemuan sebanyak 120 ekor lipas di dalam restoran itu, pihak berkuasa telah keluarkan notis penutupan restoran dengan serta merta.

Kedai makan itu hanya dibenarkan untuk beroperasi semula sehinggalah mereka berjaya menunjukkan lipas sudah tidak ada lagi bermaharaja lela di dalam kedai mereka. Penutupan itu membuat taukehnya mengalami kerugian wang dan juga sokongan pelanggan.

Dapatkan khidmat pest control segera

Dari cerita di atas, ternyata pest control bukan saja dapat jauhkan anda daripada serangan serangga dan makhluk perosak, malah dengan pest control anda mungkin dapat selamatkan nyawa dan perniagaan anda yang amat berharga.

Oleh itu dapatkan khidmat pest control daripada syarikat yang berlesen dan bertauliah di sekitar tempat anda tinggal. Pencegahan sentiasa jauh lebih baik untuk anda. Untuk dapatkan khidmat pest control di sekitar Shah Alam dan Petaling Jaya, anda boleh hubungi Izam 012-2067 357
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pest control bukan saja kawal serangga, juga boleh selamatkan nyawa dan perniagaan anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment