Thursday, October 16, 2014

Tikus mati dijumpai dalam kopi McDonald

  Mohd Shubhi       Thursday, October 16, 2014
McDonald Canada terpaksa membuat siasatan rapi apabila adanya aduan pelanggan yang mendakwa bahawa dia telah menemui seekor tikus mati di dalam kopi McDonald yang dibelinya.

Ron Morais singgah di sebuah kedai makanan segera McDonald untuk membeli secawan kopi ketika dalam perjalanannya untuk ke tempat kerja.
Tikus mati dijumpai dalam kopi McDonald

Ron Morais tanpa rasa apa-apa yang pelik minum sedikit demi sedikit sehinggalah dia dapati ada seekor tikus mati di dasar cawan kopinya. Rupanya dia mendapat lebih daripada sekadar secawa kopi di McDonald.

Agak pelik juga bagaimana dia tak ada rasa perbezaan atau berbau sesuatu yang tidak menyenangkan ketika menghirup kopinya itu. Namun begitu, saksi dari kalnagan rakan-rakan sekerjanya mengesahkan kebenaran laporan yang dibuat oleh Ron Morais.

McDonald Kanada siasat laporan tikus dalam kopi

Memandangkan kejadian tikus mati dijumpa dalam kopi McDonald itu adalah satu dakwaan yang amat serius, McDonald terpaksa membuat satu kenyataan rasmi terhadap isu berkenaan.

Berikut kenyataan rasmi McDonald Kanada:

Food safety and quality are a top priority for McDonald’s Canada and all of our restaurants are held to high industry standards.

We have strict policies and procedures in place to ensure our guests receive the highest quality product when they visit our restaurants. We take allegations involving cleanliness and sanitation very seriously.

Upon learning of this situation, the local franchisee immediately began an investigation, including working closely with the local public health authority who conducted an inspection this morning following receiving a complaint.

Both the local health authority and an independent inspection by a pest control company of the interior and exterior today found no evidence of any pest issues in the building. We are continuing to investigate this isolated incident and have reached out to the customer to obtain the product sample. 

Until such time as we are able to collect all the necessary facts and laboratory results to conclude a full review, it would be inappropriate for us to comment further. Similarly, we would also caution against jumping to conclusions until more details are available.

Untuk mengetahui laporan lanjut berkenaan masalah tikus mati dalam cawan kopi McDonald ini, anda boleh baca laporannya di sini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tikus mati dijumpai dalam kopi McDonald

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment