Monday, November 17, 2014

3 petua halau lalat untuk dicuba

  Mohd Shubhi       Monday, November 17, 2014
Baru-baru ini pergi makan di rumah seorang saudara di Subang Jaya. Ketika makan dia merungut kerana rumahnya terutama pada kawasan dapur sekarang ada lalat yang sering hinggap pada makanan yang terhidang.

Kehadiran lalat di dalam rumah walaupun hanya sekadar dua atau tiga ekor memang sesuatu yang amat merimaskan. Mungkin maklumat terhadap betapa pentingnya makanan dielakkan dari dicemari lalat telah membuatkan perasaan tidak tenang dengan lalat meningkat.
3 petua halau lalat untuk dicuba

Saudara saya tanya samada saya ada ubat atau petua halau lalat yang boleh dia gunakan. Saya lihat memang ada sekor dua lalat yang agak besar berterbangan bersiar-siar sekitar kawasan dapar rumah saudara saya itu.

Petua halau lalat paling mudah

Saya kata lalat yang ada di rumahnya masuk dalam kategori tidak ada sebenarnya kerana jumlahnya terlalu sedikit. Hanya sekadar dua atau tiga ekor sahaja.

Tambahan pula sekarang ini adalah musim hujan, jadi tidak hairanlah lalat muncul walaupun sebelum ini ianya tidak berapa ada di sekitar rumah kita. Hujan membuatkan kawasan pembuangan sampah menjadi lembab dan ini menggalakkan pembiakan lalat.

Untuk amalkan satu petua halau lalat paling mudah dalam keadaan lalat yang amat sedikit dalam rumah, mudah saja. Anda hanya perlu ke pasaraya di bahagian barangan peralatan membasuh dapur, dapatkan sekeping pemukul lalat plastik.

Itulah alat halau lalat yang saya gunakan setiap masa jika lalat muncul di rumah. Biasanya lalat dirumah tak banyak. Dengan adanya pemukul lalat plastik, anda dapat membunuh lalat dengan pantas dan berkesan.

Lagipun, menggunakan alat pemukul lalat plastik bagi memburu atau halau lalat adalah satu aktiviti yang amat menyeronokkan. Akan timbul satu kepuasan setiap kali lalat berjaya dipukul dengan tepat. Kita mengharapkan ada lagi lalat yang datang agar pemburuan dapat diteruskan dengan lebih seronok.

2 lagi petua halau lalat

Apa yang saya petuakan di atas, itulah yang saya syorkan pada saudara saya. Anda juga boleh gunakan petua yang sama. Bukan halau lalat sebenarnya jika anda menggunakan pemukul lalat plastik. Sebaliknya anda lebih menjadi pembunuh lalat.

Berikut saya kongsikan lagi dua petua halau lalat yang saya dapat daripada sini untuk anda cuba amalkan. Manalah tahu kalau-kalau mujarab dan berkesan.

pertama, cuba anda ambil seranting daun kari dan kibaskan pada kawasan yang ada lalat. Kemudiannya ambil secekak daun kari itu, masukkan ke dalam gelas yang bersisi air. Letakkan gelas tersebut di sudut meja yang ada lalat.

Cara keduanya, cuba ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat yang berada di atas meja anda. Rasanya daun belimbing lebih praktikal dan mudah berbanding daun kari. Kerana daun kari itu berharga dan agak sukar untuk didapati terutamanya di kawasan bandar.

Saya tak pasti samada petua halau lalat yang diberikan di atas dengan daun kari atau daun belimbing itu berkesan atau tidak. Tapi yang pastinya, jika kita mengibas lalat yang ada di atas meja dengan apa saja benda samada daun atau plastik, sudah tentu lalat akan lari. Cuma yang tak seronoknya adalah dia akan kembali.

Oleh itu, cara paling mujarab dan berkesan untuk halau lalau yang ada di atas meja makan anda adalah dengan menggunakan alat pemukul lalat plastik yang saya kongsikan di atas sekali. Pergi dapatkan alat pemukul lalat segera dan jadilah pemburu lalat yang hebat!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 3 petua halau lalat untuk dicuba

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment