Monday, November 10, 2014

Teruk diserang pepijat

  Mohd Shubhi       Monday, November 10, 2014
Seorang wanita di London mengalami penderitaan kulit yang amat teruk gara-gara digigit pepijat yang terdapat pada tilamnya.

Carol Knight, 41, juga terpaksa membakar tilam dan beberapa perabot lain kerana habis rosak akibat digigit serangga berbisa tersebut.

Carol berkata, dia telah memanggil syarikat kawalan serangga dan makhluk perosak bagi memusnahkan serangga tersebut namun tidak berhasil kerana selepas beberapa hari, beribu-ribu pepijat kembali hadir menghantui hidup Carol dan menghisap darahnya.
Teruk diserang pepijat

Situasi digambarkan bertambah teruk pada waktu malam menyebabkan Carol mengalami kesukaran untuk tidur kerana terseksa dengan kegatalan pada seluruh badannya.

Carol memaklumkan, keadaan kulitnya semakin hari semakin bertambah teruk dan kelihatan sangat menjijikkan. Dia berusaha untuk menghalau kesemua pepijat tersebut dan pelbagai syarikat kawalan serangga terus dipanggil untuk membenteras masalah ini.

Untuk pengetahuan anda, pepijat amat gemar pada tempat yang gelap dan tersorok bagi menetaskan telur-telurnya.

Meskipun pepijat dibunuh namun telur-telur tersebut akan meneruskan legasi keturunannya sebagai penghisap darah manusia.

Antara cara yang boleh dilakukan bagi memusnahkan pepijat adalah merendam kesemua cadar dengan air panas dan menjemur tilam dan bantal di bawah cahaya terik matahari.

Pastikan, rajin-rajin cuci tilam dan tempat tidur agar terhindar daripada gangguan hama dan pepijat seperti dialami Carol!. Sumber berita
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Teruk diserang pepijat

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment