Thursday, December 11, 2014

Ada 7 juta tikus di Kuala Lumpur !, kenapa banyak sangat !

Posted by   on

Ada 7 juta tikus di Kuala Lumpur !, kenapa banyak sangat !
Baru-baru ini heboh dalam parlimen dengan dakwaan media di Indonesia bahawa ada sebanyak 7 juta ekor tikus di Kuala Lumpur sahaja. Itu belum lagi ambil kira pusat bandar atau pekan kecil lain di seluruh Malaysia.

Kalau dicampurkan dengan semua jumlah tikus yang ada di semua bandar dan pekan kecil negara kita, mahu rasanya jumlah tikus mencecah ke angka 50 juta ekor lebih. Angka yang pasti kita akan dapat sudah tentu menunjukkan jumlah tikus jauh melebihi jumlah rakyat Malaysia.

Namun begitu, laporan tersebut telah dinafikan oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Menteri yang bertanggung jawab terhadap hal ehwal Wilayah Persekutuan.

Laporan itu juga ditolak oleh Dr Hayati Abdullah, selaku Ketua Pengarah Kesihatan dan Persekitaran DBKL. Tidak ada bukti saintifik untuk membuktikan kenyataan atau dakwaan media dari Indonesia tersebut.

Tikus di Kuala Lumpur memang banyak

Mungkin tak perlu bertelingkah dengan fakta berapa ekor tikus ada di pusat bandaraya Kuala Lumpur, bukan senang nak buat bancian pulak untuk buktikan jumlahnya.

Tapi semua mesti akui hakikat bahawa jumlah tikus di Kuala Lumpur memang terlalu banyak. Bukan saja di Kuala Lumpur, malah di Shah Alam, Subang Jaya, Pulau Pinang, Butterworth, Kota Bharu, Ipoh, dan semua bandar dan pekan kecil di negara kita.

Kalau ada yang tak setuju dengan fakta ini, mungkin dia tak pernah keluar makan, bersiar di kawasan penempatan, atau kawasan kedai makan dan sebagainya. Sebab itu tak pernah melihat tikus melintas depan mata ketika duduk makan di kedai tepi jalan.

Punca Tikus banyak di Kuala Lumpur

Bila dah diakui bahawa tikus memang ada banyak di Kuala Lumpur dan juga di banyak bandar-bandar lain di Malaysia, maka perlu dikaji kenapa ianya berlaku?

Menurut pihak DBKL, semuanya adalah berpunca daripada sikap rakyat Malaysia itu sendiri. Kita bersikap pengotor, tidak menjaga kebersihan persekitaran. Sikap itu membuatkan makanan tersedia mewah untuk tikus cari makan.

Keadaan sekeliling yang kotor dan tak terurus juga dapat menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk tikus berkampung dan seterusnya membiak dengan banyak. Ini semua menjadi faktor penyumbang kepada meningkatnya jumlah tikus di Kuala Lumpur, kalau bukanpun 7 juta, tapi memang ada banyak.

Semua berperanan kurangkan tikus di Kuala Lumpur

Jangan harapkan hanya pihak berkuasa sahaja memainkan peranan dalam usaha mengawal tikus yang melanda Kuala Lumpur, anda juga mesti mainkan peranan itu.

Paling penting sekali jangan buang sampah merata tempat. Pastikan sampah diikat dan di masukkan dalam tong sampah secara sempurna. Jangan main lempar saja bergelimpangan tepi tong sampah.

Jangan biarkan semak bertamah tanpa buat sesuatu bagi menguruskannya. Itu semua boleh menjadi sumber penempatan untuk tikus. Jika terjumpa lubang tempat tikus membiak, masukkan racun tikus dan bunuh mereka.

Atau lebih mudah lagi dapatkan perkhidmatan daripada syarikat pest control berlesen. Gunakan syarikat tersebut untuk membuat pemeriksaan di sekitar premis perniagaan anda.

Kemudian mereka akan memberikan cadangan bagaimana usaha mengawal serang tikus itu dapat dirangka dan seterusnya dilaksanakan dengan cara yang profesional.

Jika organisasi atau syarikat anda perlukan perkhidmatan mengawal masalah tikus, sila hubungi,
En Izam di talian 012-2067357
Dapatkan maklumat lanjut dari beliau dan minta cadangan bagaimana masalah serangan tikus dapat di kawal dengan baik. Walaupun serangan masih di tahap biasa, kawalan secara berterusan perlu dilakukan agar keadaan tidak menjadi parah. (sumber imej)

1 comment:
Write comments
  1. Rumah penuh dgn tikus?
    =================================
    RACUN TIKUS VICTORY - pest control grade
    =================================
    ➡ Fomulasi USA ,100% berkesan
    ➡ Tidak mati dicelah
    ➡ Jimat masa
    ➡ Sepekat boleh pakai 2-3 tempat
    ➡ Dijamin berkesan
    Whatsapp/SMS Order:
    ➡ 016 977 5478

    Racun Tikus Victory berasa amat BANGGA dapat menolong RAMAI TANGGA yang penuh dengan TIKUS.
    ========================================
    Tikus anda adalah Tanggungjawab Racun Tikus Victory
    ========================================

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new pest control offer for Shah Alam Residents. You'll like it - Easelife Services
Join Our Newsletter