Saturday, December 20, 2014

Kaedah kawalan tebuan

  Mohd Shubhi       Saturday, December 20, 2014
Kaedah kawalan tebuan
Berikut dikongsikan kaedah kawalan tebuan yang saya ambil daripada blog di sini.

Blog tersebut berkongsikan maklumat bagaimana tebuan menjadi salah satu daripada masalah kepada para penternak kelulut di kawasan Hutan Gelam.

Kawasan Hutan Gelam amat sesuai untuk dijalankan usaha penternakan kelulut.

Namun begitu, kawasan Hutan Gelam juga merupakan salah satu kawasan kegemaran Tebuan.

Menurut maklumat dari blog tersebut, kawasan seluas 100 hektar biasanya akan mengandungi sebanyak 10 sarang tebuan yang bersaiz besar.

Maknanya purata satu saran tebuan besar boleh ditemui di dalam kawasan seluas 1 hektar hutan gelam.

Kaedah kawalan tebuan di kawasan ternakan kelulut

Beberapa kaedah biasa diamalkan oleh penternak lebah dan kelulut dalam usaha untuk menghapuskan kehadiran mereka. Kaedah tersebut adalah seperti berikut.

Kaedah Umpan

Mengumpan dengan menggunakan racun serangga dengan dicampur dengan makanan kegemaran tebuan ini seperti ikan.

Kaedahnya ialah merebus satu atau dua kilogram ikan selayang (atau ikan jenis lain yang mempunyai tidak banyak tulang dan berbau hanyir yang kuat) dan dicampur dengan racun dibawah.

Umpan ini hendaklah diletak di kawasan penternakan atau kawasan hutan gelam yang disyaki mempunyai koloni tebuan ini. Makanan beracun ini akan dibawa balik kesarang dan seterusnya dimakan oleh ahli koloni lain. Pada kebiasaannya seluruh koloni akan terhapus.

Kaedah Tangkap lebah pekerja

Menangkap beberapa ekor ibu tebuan dan mencemarkannya dengan racun serangga di bahagian badan dan dilepaskan semula.

Ibu yang telah dicemarkan tadi akan pulang ke sarang masing dan seterusnya mencemarkan sarang-sarang meraka.

Kaedah ini juga boleh menghapuskan keseluruhan koloninya. Pada kebiasaanya ahli koloni yang mati akan dimakan oleh ahli lain dan ini menyebabkan perebakan kesan racun serangga berkenaan.


Kaedah Melastik sarang tebuan dengan kerang

Tebuan ialah ialah serangga yang pembersih dan tidak akan tahan dengan bau kerang yang akan busuk didalam sarang tersebut.

Pada kebiasaanya semua ahli koloni akan meninggalkan sarang dalam masa satu minggu sahaja. Walau bagaimanapun, kaedah ini tidak memusnahkan koloni tersebut.

Sebaliknya koloni tersebut akan lari dan buat sarang dikawasan lain.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kaedah kawalan tebuan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment