Tuesday, December 9, 2014

Kanak-kanak mangsa kencing tikus meninggal dunia

  Mohd Shubhi       Tuesday, December 9, 2014
Sedih membaca kejadian kanak-kanak yang menjadi mangsa penyakit kencing tikus.

Mangsa yang berumur baru 8 tahun terkena jangkitan penyakit kencing tikus setelah pulang daripada berkelah di sebuah pusat peranginan di Kedah.

Baca laporan dari Astroawani.com di bawah:

ALOR SETAR: Keseronokan lima sekeluarga pulang dari bercuti bertukar menjadi mimpi ngeri apabila anak sulung dalam keluarga tersebut meninggal dunia 11.30 malam tadi setelah positif dijangkiti virus kencing tikus (leptospirosis).

Amirah Maisarah Zir Omar Khan, 8, mengalami demam panas sejak Selasa lalu dan di masukkan ke sebuah hospital swasta sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar setelah keadaannya menjadi semakin serius.

Menurut bapa mangsa, Zir Omar, mereka sekeluarga telah pergi ke kawasan peranginan air terjun di sebuah resort di Yan, Kedah sebaik cuti sekolah bermula pada 27 November lalu.

Di situ terdapat sebuah kolam yang sumber airnya dialirkan daripada air terjun berdekatan dan ketiga-tiga anak Zir Omar bermandi-manda di kolam tersebut sebaik sahaja tiba.

Sementara itu, anak keduanya, Nursyazana, 5, turut disahkan positif kencing tikus dan kini sedang menerima rawatan di HSB.

Anak bongsunya, Zahra Alisya, 2, bernasib baik kerana telah disahkan bebas jangkitan. Jenazah Amirah dikebumikan di Masjid Al-Hidayah, Bukit Pinang, Kepala Batas kira-kira jam 11 pagi tadi.

Elak kencing tikus ketika berkelah

Sekarang nampaknya masalah jangkitan penyakit kencing tikus mula merebak kembali. Kita perlulah berhati-hati terutamanya dalam musim cuti ini kerana banyak aktiviti luar akan dirancang oleh keluarga.

Kalau nak pergi berkelah bukannya tak boleh, tapi pastikan terlebih dahulu kawasan yang hendak kita pergi dari segi keselamatannya. Elok rujuk pihak berkuasa tempatan termasuklah pihak jabatan kesihatan terlebih dahulu.

Jika ibu bapa tidak berhati-hati dalam hal ini, mereka akan mendedahkan anak-anak pada masalah jangkitan penyakit kencing tikus.

Anak-anak tidak nampak betapa bahayanya kawasan mandian di pusat-pusat air terjun. Yang mereka lihat hanyalah keseronokan sahaja.

Moga kita semua berhati-hati dan cuba membenteras masalah jankitan kencing tikus ini terutamanya di sekitar kawasan penempatan kita. Pastikan anda kawal pembiakan tikus di sekeliling tempat tinggal anda dan juga di sekitar tempat kerja anda.

Untuk mendapatkan maklumat berkenaan khidmat kawalan tikus, anda boleh hubungi Izam 012-2067357 . Kami membantu menjaga persekitaran premis perniagaan anda...!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kanak-kanak mangsa kencing tikus meninggal dunia

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment