Saturday, December 13, 2014

Kenapa anda perlu waspada jika tinggal berhampiran tapak pembinaan

  Mohd Shubhi       Saturday, December 13, 2014
Apakah rumah tempat anda tinggal berhampiran dengan kawasan tapak pembinaan?

Kalau jawapannya adalah 'Ya!', bererti anda perlu sentiasa berwaspada. Ini kerana kawasan tapak pembinaan banyak mendatangkan masalah kepada pembiakan nyamuk aedes di negara kita sekarang ini.

Jika kontraktor atau developper yang bertanggung jawab dalam projek di kawasan tapak pembinaan itu tidak menguruskan kebersihan di sekelilingnya, maka ia bakal mengundang malapetaka.

Terutamanya memandangkan negara kita sedang mengalami musim hujan. Bila hujan sering turun, kawasan tapak pembinaan yang tidak dijaga dengan baik boleh memberikan peluang nyamuk aedes membiak dengan banyak.

Dua kemungkinan nyamuk aedes membiak

Ada dua kemungkinan yang boleh menyumbang kepada pembiakan nyamuk aedes dengan banyak di sekitar kawasan tapak pembinaan.

  1. Sikap pekerja yang tidak menguruskan kebersihan di tapak pembinaan. Sikap suka membuang sampah merata-rata boleh mengundang padah. Bekas makanan seperti polestrin atau tin dan seumpamanya yang terbuang boleh mejadi bekas takungan air.
  2. Keadaan kawasan tapak pembinaan yang biasanya berlekuk-lekuk tidak rata juga boleh menyumbang kepada pembiakan nyamuk aedes. Hujan yang turun memberikan takungan air sebagai tempat strategik untuk nyamuk bertelur dan seterusnya menambahkan populasi mereka di sekitar kawasan tersebut.

Pastikan kontraktor ambil langkah kawalan

Jika anda merupakan salah seorang kontraktor yang terlibat dalam projek pembanggunan di kawasan tapak pembinaan, anda mestilah menguruskan kawasan tersebut dengan baik.

Dapatkan perkhidmatan mengawal pembiakan nyamuk di sekitar kawasan tapak pembinaan daripada syarikat pest control yang bertauliah. Anda perlu pastikan program di bawah dilaksanakan dengan berkesan.
  1. Melaksanakan aktiviti fogging sekurang-kurangnya setiap 7 ke 10 hari. Ini bagi menghapuskan nyamuk dewasa yang sudah menetas dan bertebaran di sekitar kawasan tersebut.
  2. Laksanakan aktiviti membunuh jentik-jentik. Masukkan abate atau pembunuh jentik-jentik pada kawasan takungan air yang terlindung. Jika anda tidak dapat keringkan atau buang air yang bertakung, masukkan abate. Ini boleh membunuh jentik-jentik daripada menetas menjadi nyamuk.
  3. Buat pemeriksaan kebersihan terutamanya pada kawasan yang sukar dilalui. Pastikan syarikat yang menjalankan kerja-kerja kawalan nyamuk di kawasan pembinaan melakukan pemeriksaan untuk kenal pasti kawasan berpotensi untuk menjadi pusat ternakan nyamuk aedes. Segera buat laporan jika wujudnya kawasan sempit kerana ia berpotensi menjadi pusat longgokan sampah dan bekas keras.

Waspada jika anda tinggal berhampiran tapak pembinaan

Jika kawasan penempatan anda hampir dengan tapak pembinaan, anda perlu berwaspada. Jika anda dapat rasakan pertambahan jumlah nyamuk di sekitar perumahan anda, segera syak keadaan kawasan tapak pembinaan.

Cuba pergi semak keadaan di situ dan lihat samada banyak sampah sarap dibiarkan berterabur terutamanya pada kawasan yang terlindung. Nyamuk aedes suka bertelur pada air takungan yang bersih dan terlindung daripada sinar matahari.

Jika ada kemungkinan kontraktor atau developper tidak menjaga keadaan kawasan tapak binaannya, segera buat laporan pada pihak majlis perbandaran untuk segera membuat pemeriksaan secara mengejut.

Pihak majlis perbandaran ada kuasa untuk memberhentikan kerja di kawasan tapak pembinaan jika didapati tapak tersebut telah menjadi pusat pembiakan nyamuk aedes. Majlis perbandaran boleh mengarahkan developper membersihkan terlebih dahulu persekitrannya sebelum membenarkan kerja-kerja diteruskan semula

Ingat! kita semua perlu mainkan peranan dalam membenteras pembiakan nyamuk aedes di negara kita. Tiada nyamuk aedes, tiada denggi.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenapa anda perlu waspada jika tinggal berhampiran tapak pembinaan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment