Friday, January 9, 2015

Padah abaikan urusan pest control di kilang makanan - kena tutup

  Mohd Shubhi       Friday, January 9, 2015
Jika anda seorang pengusaha kilang yang memproses apa saja bahan yang berkaitan makanan, urusan pest control adalah satu perkara wajib yang perlu dilihat dan diberikan perhatian serius.

Untuk memastikan urusan pest control berjalan lancar dan sempurna pula, urusan menjaga kebersihan persekitaran kilang samada di luar atau di dalam hendaklah terlebih dahulu dititik beratkan.

Untuk menjaga kebersihan, pengusaha perlu tanamkan budaya mencintai kebersihan kepada seluruh warga pekerja dan semua pembekal yang berurusan dengan kilang. Tanpa adanya budaya mencintai kebersihan, amat sukar untuk menjadikan kilang sentiasa suci dan bersih.

Apakah kesannya jika anda tak ambil peduli tentang urusan pest control di kilang anda?

Mungkin selama ini pengusaha yang tak ambil peduli kerja pest control terlepas dan masih mampu keluarkan barangan makanan mereka ke pasaran.

Tapi sekali terperangkap apabila datangnya pemeriksa kesihatan yang terdiri daripada para pegawai Jabatan Kesihatan dari Majlis Perbandaran, kesannya adalah amat buruk.

Kilang anda akan diarahkan tutup, anda akan kerugian tidak dapat teruskan operasi, dan yang paling buruk adalah, pelanggan yang mendapat berita tentang produk anda akan berfikir semula untuk mendapatkan bekalan produk dari kilang anda.

Berita Kilang abaikan kerja pest control

Baca laporan daripada astro di bawah berkenaan sebuah kilang yang telah di arahkan tutup akibat terlalu kotor dan tidak layak menjalankan perniagaan makanan:

GEORGE TOWN: Sebuah kilang bebola ikan di Jalan Paya Terubong di sini diarah tutup kerana berpoperasi dalam keadaan kotor.

Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut berkata dalam operasi yang dijalankan Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mendapati bebola yang siap dipek diletak di atas lantai di samping pekerja menggaul isi ikan tanpa memakai sarung tangan. 

"Terdapat juga najis tikus bertaburan di dalam stor penyimpanan barang selain lalat didapati menghurung kek ikan yang sedang dikeringkan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata premis itu diarah tutup selama 14 hari dan pemilik perlu melakukan kerja pembersihan.

MPPP turut mengeluarkan enam saman bernilai RM750 terhadap pengusahanya atas pelbagai kesalahan antaranya menyalur minyak masak terpakai ke dalam parit dan pengurusan sisa tidak sempurna.

Sumber berita. Sumber imej

Jika anda mahu dapatkan khidmat kawalan serangga atau perlu khidmat bantuan untuk urusan Pest control di premis perniagaan anda, sila hubungi En Izam di 012-2067 357
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Padah abaikan urusan pest control di kilang makanan - kena tutup

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment