Saturday, January 10, 2015

Populasi tikus meningkat naik tinggi di Singapura

  Mohd Shubhi       Saturday, January 10, 2015
Populasi tikus meningkat naik tinggi di Singapura
Laporan yang diambil dari beberapa syarikat Pest Control di Singapura menunjukkan bahawa populasi tikus telah meningkat naik dengan amat tinggi di Singapura. sumber gambar

Tikus memang menjadi satu masalah besar kepada manusia yang tinggal di kawasan bandar terutamanya. Bagi mereka yang tinggal di kawasan perkampungan, serangan tikus tidaklah seteruk seperti mana yang dihadapi oleh penduduk bandar.

Jika kita duduk melepak di kedai makan di persekitaran bandar, terutamanya di kedai-kedai kawasan terbuka, terserampak melihat tikus yang besar merayau di depan mata adalah satu perkara biasa. Apatah lagi di Singapura di mana hampir tidak wujud lagi kawasan yang boleh dikatakan kampung. Semua kawasan telah menjadi bandar.

Perubahan tabiat tikus di bandar

Tikus yang biasanya kita lihat merayap di bandar di kawasan gerai makan terutamanya adalah dari jenis Tikus Norway. Saiznya besar berbanding tikus biasa lain dan mereka biasanya tinggal membiak di dalam lubang yang dikorek sendiri ataupun di kawasan pembetungan.

Namun kini syarikat-syarikat pest control yang telah lama beroperasi mengawal tikus di kawasan perbandaran mendapati Tikus Norway ini telahpun mengubah gaya hidup mereka dari segi memilih kawasan pembiakan.

Tikus Norway didapati telah menjadikan kawasan bangunan sebagai tempat tinggal dan tempat pebiakan mereka. Tikus Norway sekarang menjadikan retakan lubang pada tepi dinding bangunan atau celahan slab bangunan sebagai tempat tinggal mereka.

Malah di mana saja adanya celahan atau kawasan struktur yang rosak pada tepian dinding bangunan atau mana-mana kawasan tersorok lain akan menjadi tempat pilihan para Tikus Norway untuk dijadikan lubang pembiakan.

Populasi tikus yang meningkat naik

Beberapa syarikat pest control berkongsikan maklumat yang mereka ada terhadap meningkatnya populasi tikus di kawasan perbandaran.

  • Star Pest Control, syarikat yang diamanahkan untuk menguruskan masalah serangan tikus di Kawasan Bukit Batok mendapat sebanyak 60 kes sebulan. Ini merupakan peningkatan sebanyak 40% berbanding tahun 2013.
  • Star Pest Control juga mendapati permintaan terhadap perkhidmatan kawalan tikus sekarang adalah lebih meluas rangkumannya. Kalau dulu, pengendali pasaraya membeli belah hanya akan meminta mereka uruskan hanya satu atau dua kedai makan di situ, sekarang mereka meminta syarikat pest control menguruskan kesemua kawasan kedai makan di dalam pasaraya.
  • Satu lagi syarikat Pest Control iaitu PestBusters memaklumkan bahawa mereka menguruskan 130 kes masalah serangan tikus setiap bulan. Ini jauh lebih tinggi berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 80 kes sebulan.
  • Syarikat-syarikat pest control lain juga menyaksikan permintaan yang banyak daripada kompleks membeli belah, pasaraya dan kedai-kedai perniagaan. Mereka rata-rata meminta agar ditambah kekerapan aktiviti kawalan serta pembasmian tikus di premis perniagaan mereka.

Rumusannya adalah ternyata populasi tikus meningkat naik tinggi sekarang ini. Ini merupakan satu masalah kepada para peniaga dan tuan punya premis bangunan perniagaan dan dalam masa yang sama menjadi satu peluang perniagaan yang baik pada kebanyakan syarikat pest control.

Syarikat pest control yang ada perlulah meningkatkan lagi kemahiran serta teknik pembasmian tikus mereka untuk mengambil peluang atas permintaan kawalan tikus yang sedang meningkat naik dengan mendadak.

Jika anda ada masalah tikus di premis perniagaan anda, sila hubungi Knockout Fumigation Sdn Bhd atau lain-lain syarikat pest control bertauliah yang ada berhampiran dengan premis perniagaan anda. Hubungi En Izam di 012-2067 357 untuk membuat pemeriksaan dan cadangan kawalan tikus di premis perniagaan anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Populasi tikus meningkat naik tinggi di Singapura

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment