Wednesday, January 7, 2015

Tips Pest Control di Pasaraya

  Mohd Shubhi       Wednesday, January 7, 2015
Perniagaan pasaraya sebenarnya merupakan satu perniagaan yang amat mencabar. Samada dari segi proses perniagaan itu mahupun dari segi kewangan, merupakan satu cabaran berat untuk diuruskan.

Perniagaan pasaraya boleh dikatakan sebagai satu perniagaan yang mempunyai margin keuntungan yang agak nipis. Jesteru itu pengurusan yang mantap dan penjimatan kos memainkan peranan yang besar dalam memastikan perniagaan pasara mencatatkan keuntungan.

Gambar sekadar hiasan (sumber)
Tidak hairanlah jika menguruskan kerja-kerja pest control di Pasaraya juga adalah satu cabaran yang amat besar. Kos mesti dijimatkan dan dalam masa yang sama pest control perlu dilaksanakan juga.

Oleh itu, pengurusan pest control yang berkesan dengan harga yang amat kompetitif amat penting jika mahu menjalankan aktiviti pest control di pasaraya.

Kenapa perlu lakukan pest control di Pasaraya

Banyak sebab yang penting yang membuatkan pest control adalah satu aktiviti yang mesti dilaksanakakan di mana-mana saja pasaraya samada besar atau kecil. Antaranya adalah:

  • Untuk memelihara kualiti barangan yang amat banyak keluar masuk dari luar ke dalam pasaraya.
  • Untuk memelihara kerosakan daripada berlaku terhadap barangan dan seterusnya mengelakkan kerugian.
  • Untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dari segi kesihatan dan keselamatan pengguna.
  • Untuk menjaga reputasi pasaraya itu sendiri.

Serangga dan makhluk perosak utama di pasaraya

Apakah masalah utama dari segi serangan serangga dan makhluk perosak yang terdapat di pasaraya?

Berikut diberikan senarai serangga dan makhluk perosak biasa yang sering menimbulkan masalah di mana-mana pasaraya:
  1. Lipas German - Lipas bersaiz kecil yang amat banyak merayap terutamanya di sekitar kawasan yang mempunyai makanan.
  2. Tikus - Tikus adalah salah satu makhluk paling mendatangkan masalah di pasaraya.
  3. Lalat - Pasaraya yang menjual makanan basah terdedah kepada masalah lalat.
  4. Serangga perosak berkaitan barangan makanan di dalam gudang atau stor simpanan ( stored product insect).
  5. Burung - biasanya berlaku di kawasan luar pasaraya.

Amalan penting pest control di pasaraya

Berikut adalah beberapa amalan penting yang mesti dilaksanakan dalam usaha menjalankan kawaan serangga dan makhlk perosak di pasaraya.
  • Sentiasa laksanakan pemeriksaan pada kawasan menerima barangan dari pembekal di bahagian pasaraya. Buatlah pemeriksaan pada barangan yang diterima untuk pastikan ianya adalah bebas daripada serangan serangga dan makhlk perosak. Pemantauan awal sebegini boleh mengelakkan serangan dari merebak masuk ke dalam pasaraya.
  • Gunakan kertas bergam (sticky traps) untuk memantau serangan serangga perosak pada kawasan-kawasan utama seperti kedai membuat dan menjual makanan.
  • Pastikan aktiviti pembersihan sentiasa dipantau. Laporkan segera sebarang kejadian yang boleh menyebabkan kekotoran berlaku. Elakkan sebarang kekotoran dari mana-mana saja bahagian di dalam dan diluar pasaraya. Kebersihan adalah asas dalam pengurusan pest control. Ini dapat menjimatkan kos pest control dan membuatkan urusan kawalan lebih berkesan.

Jika anda perlukan khidmat nasihat dan khidmat pest control di pasaraya anda daripada syarikat pest control yang berlesen dan bertauliah, sila hubungi En Izam di 012-2067 357
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tips Pest Control di Pasaraya

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment