Thursday, January 8, 2015

Tips pest control di Sekolah

  Mohd Shubhi       Thursday, January 8, 2015
Tips pest control di Sekolah
Pengurusan yang paling baik dalam aktiviti pest control atau kawalan serangga dan makhluk perosak bagi sekolah adalah dengan menggunakan konsep Integrated Pest Management (IPM).

IPM menekankan usaha bersepadu dalam kawalan serangga dan makhluk perosak dan penggunaan racun mestilah menjadi pilihan paling akhir.

(sumber gambar)

Ada tiga cabaran paling besar dalam pengurusan pest control untuk sekolah ini:

  1. Menguruskan masalah serangga dan makhluk perosak itu sendiri
  2. Menguruskan pelajar agar sentiasa selamat daripada bahan racun perosak.
  3. Menguruskan sikap pelajar. Memandangkan sikap mereka boleh mengundang kepada masalah serangga dan makhluk perosak.

Sudah pasti syarat paling penting dalam pengurusan pest control di persekitran sekolah adalah dengan melimitkan penggunaan racun. Polisi menggunakan bahan racun yang paling rendah tahap toksik dan bahayanya perlu diikuti.

Sebaik-baiknya, penggunaan racun mestilah merupakan pilihan paling akhir dalam segala urusan kawalan serangga dan makhluk perosak di persekitaran sekolah.

Masalah serangga dan makhluk perosak di sekolah

Berikut adalah serangga dan makhluk perosak yang mungkin lebih menonjol di sekitar kawasan sekolah:
  1. Lipas
  2. Tikus
  3. Lebah, tebuan, penyengat dan lain-lain sepertinya
  4. Labah-labah
  5. Lalat
  6. Anai-anai
  7. Kutu

Serangga dan makhluk perosak yang disenaraikan di atas biasanya akan muncul di persekitaran sekolah. Ia melibatkan keselamatan dan juga kesihatan para pelajar. Oleh perlu diberikan perhatian sebaiknya oleh pihak pengurusan pest control di sekolah.

Kawasan masalah utama di sekolah

Berikut pula adalah kawasan yang perlu diberikan perhatian dalam pengurusan pest control di sekolah:
  • Kantin dan sekitarnya terutamanya kawasan tumpuan ketika waktu rehat.
  • Kawasan pembuangan sampah
  • Halaman sekeliling sekolah
  • Bangunan sekolah itu sendiri terutamanya banguna n pejabat dan juga perpustakaan.

Kawasan yang tersebut di atas mestilah diberikan perhatian dalam sebarang program kawalan serangga dan makhluk perosak di kawasan sekolah.

Secara umumnya, sekolah yang amat peka menjaga kebersihan di persekitarannya sebenarnya telah mengamalkan konsep IPM yang paling asas. Dengan terkawal kebersihan, serangga dan makhluk perosak tidak menjadikan sekitar sekolah sebagai pusat mencari makan dan membiak.

Jika anda memerlukan khidmat nasihat dan khidmat kawalan serangga dan makhluk perosak di premis perniagaan anda, sila hubungi Izam di no 012-2067 357


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tips pest control di Sekolah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment