Ramai yang dah dengar tentang rawatan demam denggi dengan jus daun betik ini disebarkan melalui media alternatif tapi tak pasti kebenarannya. Saya juga dah lama dengar tapi tak berapa nak peduli sebab tak kena demam denggi.
Untuk maklumat pembaca, memang rawatan demam denggi dengan jus daun betik ini telahpun dibuktikan benar dan boleh dipertimbangkan sebagai rawatan tambahan dalam kes demam denggi. Ia disahkan oleh Institut Penyeledikan Perubatan Malaysia, Kuala Lumpur yang telahpun menjalankan ujikaji dalam bab ini. sumber imej
Jus daun betik tingkatkan kandungan platelet
Dalam kajian yang Institut Penyeledikan Perubatan jalankan, mereka mendapati, jus daun betik mampu meningkatkan kandungan platelet dalam darah mereka yang terkena demam denggi. Kajian atau ujian terhadap para pengidap demam denggi yang diberikan jus daun betik ini menunjukkan hasil yang amat baik.Untuk maklumat pembaca, antara masalah paling kritikal yang boleh menyebabkan kematian pada pasakit demam denggi adalah jumah kandungan platelet dalam darah yang berkurangan dengan amat cepat dan ketara sekali.
Oleh itu, jika ada cara mujarab dan pantas, kandungan platelet dalam darah pesakit demam denggi dapat ditingkatkan semula, maka kemungkinan untuk pesakit itu kembali pulih dan keluar dari lingkungan bahaya adalah tinggi. Dan jus daun betik ternyata dapat melakukannya.
Cara sediakan jus betik untuk rawatan demam denggi
Berikut dikongsikan bagaimana cara menyediakan jus daun betik bagi merawat pesakit yang terkena demam denggi. Anda boleh gunakan cara di bawah dan sediakan sendiri untuk diberikan pada ahli keluarga, atau sesiapa saja yang terkena demam denggi.- Cari beberapa tangkai daun betik atau dalam istilah bahasa inggerisnya di panggil 'Carica Papaya Leaf'. Anda boleh pilih daun betik yang sedang segar dan tak perlu ambil samada pucuk atau daun betik yang telah tua sangat. Sekali minuman untuk seorang cukup dengan mengambil dalam dua tangkai daun betik untuk dijadikan jus.
- Asingkan segala tangkai atau batang pada daun betik tersebut. Kita hanya perlukan daun betik sahaja dan tidak perlu batang atau tangkai yang ada padanya. Anda boleh gunakan pisau yang tajam untuk mengasingkan daun betik dari batangnya.
- Cuci sampai bersih daun betik. Samada sebelum atau selepas anda asingkan daun betik, pastikan anda bersihkannya terlebih dahulu. Siat-siatkan daun betik itu dalam ukuran lebih kecil sebab anda akan hancurkannya nanti untuk menghasilkan jus daun betik.
- Hancurkan daun betik sampai lumat. Jika anda ada alat pengancur (blender), masukkan semua daun ke dalam blender dan hancurkannya sehingga lumat. Kalau tak ada blender, anda boleh gunakan lesung sahaja. Pastikan lesung atau blender telah dibersihkan dari bahan-bahan lain.
- Perah untuk dapatkan jus. Anda boleh gunakan kain putih yang bersih untuk dijadikan sebagai penapis bagi mendapatkan jus betik dan mengasingkan pati daun betik yang telah dihancurkan tersebut. Jika ada penapis lain yang bersih juga boleh digunakan.
- Masukkan jus ke dalam cawan. Bila jus daun betik dah siap, anda boleh telan saja jus daun betik itu. Kalau tak tahan dengan rasa pahit sangat, anda bolehlah campurkan sedikit air sejuk. Tapi tak campur lebih baik.
- Minum dua kali sehari. Sediakan jus daun betik setiap kali anda nak minum pada waktu pagi dan pada waktu petang. Sediakan hanya bila nak minum sahaja kerana ianya lebih segar dan khasiatnya tidak berkurangan.
Begitulah cara rawatan demam denggi dengan jus daun betik. Anda boleh amalkan jika ada di kalangan rakan, saudara atau jiran yang terkena demam denggi dalam musim demam denggi yang amat teruk melanda negara kita sekarang ini.
Jika anda perlukan khidmat fogging daripada syarikat pest control yang bertauliah dan berlesen, sila hubungi En Izam di 012-2067357 bagi mendapatkan penerangan dan perbincangan lanjut.
No comments:
Post a Comment