Sunday, March 29, 2015

Buat sendiri racun serangga yang selamat dan mesra alam

  Mohd Shubhi       Sunday, March 29, 2015
Antara masalah besar bagi mereka yang minat berkebun adalah masalah serangan serangga perosak. Masalah yang sama juga bagi mereka yang gemar memelihara kebun bunga di halaman rumah.

Serangga perosak akan menyerang tumbuh-tumbuhan yang segar mekar di kebun atau taman bunga anda. Jika tidak dikawal, maka akan rosaklah pokok yang segar di taman bunga atau kebun.

Cara terbaik untuk mengawal seragan serangga perosak pada pokok di kebun atau taman bunga anda adalah dengan penggunaan racun serangga. Tapi timbu pula satu lagi masalah iaitu, kebanyakan racun serangga dan makhluk perosak yang ada dijual di kedai adalah merbahaya.

Buat sendiri racun serangga

Tapi jangan risau!. Jika anda tak suka beli dan gunakan racun serangga dan makhluk perosak yang terdapat di kedai racun, anda ada pilihan lain.

Anda boleh buat sendiri racun serangga untuk digunakan bagi mengawal serangan serangga perosak pada tumbuhan yang anda jagai ditaman atau di kebun. Berikut saya kongsikan cara menyediakan racun serangga yang mudah dan berkesan.

Segala bahan yang diperlukan untuk menyediakan racun serangga yang berkesan ini boleh anda dapatkan hanya di dapur anda sahaja.

Racun serangga pelbagai guna

Untuk menyediakan racun serangga pelbagai guna anda perlu kumpulkan bahan-bahan berikut yang saya senaraikan di bawah:

  1. Sediakan satu setengah sudu teh (1.5) baking soda (sodium bikarbonate)
  2. Satu (1) sudu teh minyak masak
  3. Satu (1) sudu teh cuka makan
  4. Lima (5) cawan air suam
Campurkan kesemua bahan yang disenaraikan di atas sehingga sebati dan masukkan ke dalam alat penyembur. Anda boleh gunakan alat penyembur plastik yang biasa kita gunakan untuk sembur bagi ketika serika baju.

Cecair yang telah dicampur di atas tadi boleh disembur pada tumbuh-tumbuhan anda sehingga basah menitis pada daun-daunnya. Anda juga boleh semburkan pada persekitaran berhampiran pokok dan pasu bunga.

Semburan pada daun tumbuhan itu membuatkan daun itu menjadi tidak enak untuk dimakan oleh serangga perosak. Malah bahan itu akan masuk menyerap ke dalam serangga perosak dan seterusnya mampu membunuh serangga perosak tersebut.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Buat sendiri racun serangga yang selamat dan mesra alam

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment