Monday, March 2, 2015

Pemaju akan diseret ke Mahkamah jika terus menternak nyamuk aedes

  Mohd Shubhi       Monday, March 2, 2015
Para pemaju merupakan antara pihak yang dituding jari menjadi penyebab kepada peningkatan dengan teruknya kes denggi yang sedang melanda di negara kita sekarang.

Oleh itu, pihak berkuasa dalam kerajaan telah bercadang untuk tidak lagi membiarkan para pemaju yang didenda membela jentik-jentik dan nyamuk aedes terlepas begitu saja setelah membayar jumlah denda.

Memang jumlah denda yang pemaju perlu bayar adalah terlalu sedikit berbanding kesan dari sikap mereka yang tidak prihatin kepada masalah penularan demam dengi sekarang yang amat menjadi-jadi. Apalah sangat jumlah RM20 ribu pada pemaju yang membina hartanah bernilai berbillion ringgit?

Negeri yang mencatitkan kes denggi yang amat teruk seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang dan lain-lain akan menyaksikan para pemaju yang suka membela atau menternak nyamuk aedes diseret ke mahkamah jika mereka masih berdegil tidak mahu memelihara persekitaran tapak binaan mereka.

Laporan amaran untuk para pemaju


Baca laporan tentang perkara tersebut di bawah sebagaimana yang dilaporkan dalam The Sun:

SEBERANG JAYA: Developers caught breeding Aedes mosquitoes within their construction sites will now face court action instead of just getting away with compound fines. Deputy Health Minister Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya said they have to go hard on those breeding due to the rising incidences of dengue cases and deaths.

"States with high number of development projects are those faced with this problem," he said, adding developers should take more stringent measures to ensure there is no Aedes breeding within their construction sites.

"We will take the matter to court if their place has been found to be a mosquito breeding ground," he said in a press conference today.

Hilmi said the country recorded a 147% increase in the number of dengue cases for the first two months of this year compared to the same period last year. A total of 23,630 and 62 deaths were recorded as on Feb 28 this year compared to 16,053 cases and 29 deaths in the same period last year. 

Hilmi said Penang also recorded an increase with 1,093 cases and two deaths compared to the 371 cases and three deaths for the same period. Selangor recorded the highest number of cases with 13,860 so far followed by Perak and Putrajaya.

sumber berita di sini

Aktiviti kawalan nyamuk dilakukan oleh pekerja Bangladesh


Saya sering berbincang dengan para jurujual syarikat pest control dalam mengatur strategi mendapatkan hasil jualan dalam keadaan kes denggi yang meningkat kat ini.

Berdasarkan pemerhatian mereka dalam aktiviti membuat jualan dan pemasaran syarikat terhadap perkhidmatan kawalan nyamuk di kawasan pembinaan, adalah didapati bahawa kebanyakan daripada kontraktor dan juga pemaju hartanah membeli sendiri peralatan fogging.

Mereka memberikan alat fogging kepada para pekerja kontrak dari kalangan warga Bangladesh dan juga Indonesia untuk kerja-kerja kawalan nyamuk aedes di tapak pembinaan.

Persoalannya adalah samada para pekerja tersebut mendapat latihan kemahiran secukupnya dalam kerja-kerja mengawal nyamuk aedes. Adakah mereka laksanakan kerja-kerja fogging sahaja. Bagaimana dengan aktiviti kawalan jentik-jentik. Dan adakah mereka tahu kekerapan kerja fogging perlu dilakukan dan bagaimana dengan bancuhan racun..

Terlalu banyak persoalan timbul jika para pemaju yang kedekut duit dan melepaskan kerja yang penting itu pada pekerja kontrak bangla atau indon mereka.

Jika anda ada keperluan untuk mendapatkan khidmat fogging dan larvasidingdi tapak pembinaan, sila telefon En Izam di no 012-2067357
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pemaju akan diseret ke Mahkamah jika terus menternak nyamuk aedes

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment