Wednesday, April 29, 2015

Ancaman pepijat semakin menakutkan sekarang

  Mohd Shubhi       Wednesday, April 29, 2015
Ada banyak panggilan yang saya dapat mengadukan tentang masalah pepijat yang melanda tempat penginapan mereka.

Boleh dikatakan hampir setiap minggu akan ada saja orang yang telefon bertanya bagaimana nak hapuskan masalah pepijat yang banyak di rumah tempat mereka tinggal.

Masalah pepijat bukan hanya ada di rumah anda. Malah banyak daripada Hotel yang ada di pusat bandar menghadapi masalah pepijat.

Kalau di rumah, anda sebagai penghuni dan pemilik rumah tersebut boleh bertahan tinggal kerana itu rumah anda sendiri.

Tetapi jika masalah pepijat menyerang Hotel, atau menyerang panggung wayang atau kelab Karaoke, itu merupakan sat masalah besar kepada pemilik premis perniagaan tersebut. Pepijat akan membuatkan orang tak lari daripada pergi ke tempat itu. Bermakna perniagaan bakal tergugat akibat daripada serangan pepijat.

Dari mana datang pepijat

Itu soalan yang sering ditanya. Dari mana datangnya pepijat masuk ke rumah saya? Dari mana datangnya pepijat masuk ke Hotel saya?

Sebelum ini masalah pepijat langsung tidak ada. Tiba-tiba saja ia muncul dan semakin lama semakin teruk sehingga mengganggu hidup kebanyakan orang. Banyak hotel yang terpaksa menanggung rugi apabila pelanggan merungut dan mengugut tak mahu bayar sewaan bilek yang terlalu anyak pepijat.

Untuk maklumat pembaca, dikatakan bahawa Pepijat asal usulnya bermula pada zaman dahulu lagi di Timur Tengah. Mereka tinggal di dalam gua di mana manusia dan kelawar menjadikan gua sebagai tempat tinggal dan tempat perlindungan mereka.

Ahli arkeologi pernah menemui fosil pepijat yang berusia lebih dari 3500 tahun. Mereka menemui fosil pepijat itu bersama dengan bahan-bahan lain di tapak arkeologi mereka.

Pada zaman dahulu, pepijat digunakan sebagai salah satu daripada ramuan perubatan. Pepijat dipercayai dapat membantu merawat beberapa penyakit pada zaman dahulu. Orang Roman dan orang Greek membakar pepijat untuk dijadikan bahan untuk bagi melepaskan cengkaman lintah.

Orang Mesir pula membuat pepijat sebagai bahan ramuan untuk diminum bagi melegakan masalah dipatuk ular. Pada abad ke 18, seorang pengamal perubatan mencadangkan bahawa pepijat boleh digunakan untuk merawat masalah Histeria.

Bermula dari penggunaan pepijat, ia mula membiak dan merebak di hapir seluruh dunia. Pepijat dicatatkan muncul di Greece Purba pada 400 BC. Muncul di Itali pada 100 AD, di China pada 600 AD, muncul di German pada 1200-an, di Perancis pada 1400-an.

Pada tahun 1800-an, para penjajah melaporkan mereka menghadapi masalah pepijat menggigit menghisap darah mereka ketika mereka tidur dalam kapal. Dari kapal inilah pepijat merebak ke seluruh dunia di mana saja tempat para penjajah itu singgah termasuklah diAmerika dan lain-lain tempat.

Ancaman baru pepijat sekarang

Sekarang pepijat muncul kembali. Tetapi dengan versi yang lebih menakutkan. Kebanyakan pepijat yang menyerang rumah, hotel dan lain-lain tempat dilaporkan mempunyai tahap kekebalan yang tinggi terhadap bahan kimia racun serangga.

Pepijat yang ada sekarang mempnyai kulit yang jauh lebih berminyak. Ini dapat menghalang bahan kimia racun dari menyerap masuk ke dalam badan pepijat. Metabolisma pepijat juga dilaporkan lebih cekap dan pantas dalam membuang sebarang bahan kimia racun serangga yang masuk ke dalam badan mereka.

Nampaknya untuk membunuh pepijat sekarang adalah satu tugasan yang agak berat. Kita perlukan bahan kimia yang jauh lebih tinggi dosage agar mampu membunuh pepijat. Kalau setakat menggunakan bahan kimia biasa yang boleh membunuh serangga lain, ianya tidak akan berkesan untuk menghapuskan pepijat.

Malah penggunaan bahan kimia racun serangga yang kuat seperti DDT juga nampaknya tidak berapa mendatangkan kesan positif bagi membunuh pepijat. Sedangkan sebelum ini, DDT adalah sejenis racun yang terlalu kuat sehingga terpaksa di haramkan di seluruh dunia.

Oleh sebab itu, beberapa ahli sains sedang bertungkus lumus mencari jawapan kepada cara terbaik untuk menghapuskan pepijat. Mereka telah berusaha mengkaji sudah lebih dari 5 tahun teknik terbaik untuk kawal pepijat.

Dan salah satu penemuan terbaik yang berjaya mereka lihat adalah menggunakan teknik bagi menarik pepijat masuk ke dalam perangkap. Lebih mudah untuk membunuh pepijat yang masuk perangkap daripada sekadar menyembur racun serangga pada pepijat kerana ianya sudah tidak berkesan lagi.

Kita tunggu dan lihat apakah hasil dari kajian yang sedang giat dijalankan oleh para saintis selepas ini. Insyallah.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ancaman pepijat semakin menakutkan sekarang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment