Wednesday, April 1, 2015

Petua Halau anai-anai dari rumah

  Mohd Shubhi       Wednesday, April 1, 2015
Ini satu petua yang dikongsikan oleh seorang kawan FB. Beliau dapat petua ini dari sumber yang saya berikan link kat situ. Keberkesanannya saya tidak pasti. Kalau nak pastikan boleh cuba sendiri dan lihat keberkesanannya.

Walau bagaimanapun perlu diingat bahawa dalam satu koloni ada tak kurang dari setengah juta anai-anai yang merayap cari makan.

Anai-anai yang anda lihat sedang makan struktur kayu di rumah anda di kawasan tertentu hanyalah sekelumit daripada keseluruhan anai-anai yang amat besar populasinya.

Anai-anai mungkin lari atau mati dari kawasan yang anda rawat dengan menggunakan petua yang diberikan di bawah, tapi koloninya masih aktif dan akan menyerang lokasi lain pula yang biasanya lambat dikesan pada serangan awal.

Untuk lebih selamat, gunakan teknik Pengumpanan yang terbukti berkesan membunuh keseluruhan koloni anai-anai yang ada di dalam sarang. Hubungi En Izam di 012-2067 357 untuk maklumat lanjut berkenaan rawatan anai-anai secara profesional dan berkesan.

PETUA HALAU ANAI-ANAI DARI RUMAH


Boleh cuba mana-mana cara berikut:

  1. Garam Dapur
    • Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja.
    • Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.
  2. Air Kapur sirih
    • Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap.
    • Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya. 
  3. Air Cucian Beras 
    • Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.
  4. Minyak Tanah
    • Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. 
    • Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. 
    • Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
  5. Tembakau
    • Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai.
    • Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau.
    • Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.

Selamat mencuba
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Petua Halau anai-anai dari rumah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment