Tuesday, May 12, 2015

Cara pilih syarikat untuk membunuh anai-anai di rumah pusaka

  Ano Nyme       Tuesday, May 12, 2015
Baru-baru ini saya mendapat panggilan daripada salah seorang pembaca blog ini. Beliau menghadapi masalah serangan anai-anai di rumah pusaka di kampung. Rumah pusaka itu teruk diserang anai-anai dan dia mencari syarikat pest control untuk membunuh semua anai-anai yang ada di dalam rumah tersebut.

Ramai orang yang menghadapi masalah yang sama seperti pemanggil di atas tadi. Mereka mempunyai rumah pusaka peninggalan ibu bapa yang sudah tiada. Rumah ditinggalkan kosong tidak berpenghuni. Rumah pusaka itu menjadi tempat berkumpul saudara mara sekeluarga hanya ketika hari raya atau hari cuti sekurang-kurangnya sekali atau dua kali setahun.

Rumah pusaka kebanyakannya dibuat daripada kayu. Rumah pusaka yang biasanya tidak berpenghuni lebih kerap diserang anai-anai. Rumah itu sunyi tanpa gangguan membuatkan ianya menjadi amat sesuai untuk anai-anai mencari makanan mereka yang berupa selulos atau bahan-bahan berkayu.

Masalah utama yang dihadapi oleh pemilik rumah pusaka di kampung adalah mereka berada jauh daripada rumah milik mereka itu. Keadaan jauh itu membuatkan aktiviti pemantauan terhadap kerja-kerja membunuh anai-anai perlu perancangan yang baik agar mereka dapat hadir ketika rawatan anai-anai dilakukan.

Masalah pilih syarikat bunuh anai-anai yang baik

Satu lagi masalah yang dihadapi oleh pemilik rumah pusaka adalah kesukaran untuk pilih syarikat bunuh anai-anai yang boleh dipercayai. Pemanggil yang saya ceritakan di atas meluahkan rasa risaunya jika syarikat yang diamanahkan untuk bunuh anai-anai tidak membunuh anai-anai dengan berkesan.

Dia menceritakan bagaimana rumah jirannya yang mengambil khidmat bunuh anai-anai daripada sebuah syarikat pest control menghadapi masalah anai-anai tidak berjaya dihapuskan. Oleh itu soalannya pada saya adakah teknik yang digunakan benar-benar dapat membunuh anai-anai yang menyerang rumah pusakanya.

Bagi pemanggil itu, jaminan yang diberikan oleh syarikat membunuh anai-anai bermaksud bahawa keseluruhan anai-anai yang menyerang rumah pusakanya mesti mati dan tidak mengganas lagi. Jadi dia mahu pastikan bahawa syarikat memberikan jaminan tiada lagi anai-anai setelah rawatan dilakukan.

Rawatan bunuh anai-anai dan jaminan

Untuk maklumat pembaca, kesemua racun yang ada di pasaran yang diluluskan oleh Lembaga Racun Serangga dan Makhluk Perosak mampu membunuh anai-anai. Jika anda semburkan apa saja racun anai-anai yang ada di pasaran, sudah tentu anai-anai akan mati dengan mudah.

Tetapi sekadar dapat membunuh anai-anai sahaja tidak menjamin masalah anai-anai dapat diselesaikan dengan mudah dari menyerang rumah anda. Anai-anai yang anda lihat di atas rumah di bahagian tertentu di kawasan serangan hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada jumlah keseluruhan anai-anai yang ada di sekitar rumah anda itu.

Walaupun anda upah syarikat pest control untuk bunuh anai-anai dengan menyembur racun pada tempat serangan, hanya anai-anai di kawasan itu sahaja yang mati. Masih ada ratusan ribu anai-anai lagi yang akan lari menyelamatkan diri dan pergi menyerang tempat lain pula di dalam rumah anda.

Sebab itu, rawatan secara semburan pada tempat serangan anai-anai bukanlah satu cara berkesan untuk mengawal serangan anai-anai yang baik. Biasanya tak ada mana-mana syarikat pest control yang berani memberikan jaminan bahawa tiada lagi masalah anai-anai selepas disembur.

Teknik bunuh anai-anai dan kawalan serangan

Kebiasaannya rawatan untuk membunuh anai-anai dan kawalan serangan anai-anai dilakukan dengan teknik gabungan semburan pada kawasan terkena serangan dan disusuli dengan membina pagar bahan kimia sekeliling rumah yang mahu dirawat.

Setelah anai-anai yang ada di bahagian atas rumah dihapuskan, benteng bahan kimia sekeliling rumah dapat menghalang kemasukan anai-anai dari bawah tanah ke atas rumah anda. Itulah teknik yang telah diamalkan sejak lama dahulu dan masih lagi menjadi amalan sekarang.

Jaminan yang diberikan bergantung pada ketahanan bahan kimia kekal di tempat ianya ditanam. Jika lama bertahan, maka lamalah tempoh jaminan yang boleh diberikan. Dan untuk maklumat semua, kebanyakan bahan kimia yang ada di pasaran sekarang tidak dapat tahan lama.

Cadangan yang diberikan oleh Persatuan Pest Control Malaysia hanyalah setahun atau dua tahun sahaja. Itupun bukan bermakna tidak akan berlaku serangan anai-anai secara pasti. Ia bergantung kepada kemahiran syarikat merancang tempat dan kawasan yang mahu disuntik dengan racun anai-anai.

Satu lagi cara terbaik untuk membunuh anai-anai dan mengawalnya adalah dengan menggunakan teknik Pengumpanan. Biasanya lebih popular di panggil Termite Baiting. Tak banyak syarikat yang mempunyai hak menggunakan teknik pengumpanan daripada umpan anai-anai yang terbaik di pasaran.

Antara jenis umpan yang terbaik di pasaran adalah Exterm dan Sentricon serta lain-lain upan dari jenis bahan aktif yang sejenis dengannya.

Cara pilih syarikat bunuh anai-anai

Oleh itu, anda perlu tahu cara terbaik untuk memilih syarikat bunuh anai-anai agar masalah anda dapat diatasi dengan baik dan berkesan. Berikut adalah tips memilih syarikat bunuh anai-anai:

  1. Pastikan syarikat bunuh anai-anai berpusat di sekitar premis tempat yang mahu dirawat. Ini memudahkan syarikat memantau dan membuat follow-up terhadap rawatan yang telah dilakukan.
  2. Pastikan syarikat bunuh anai-anai adalah berlesen dan bertauliah. Lesen yang perlu ada bagi semua syarikat bunuh anai-anai di panggil PCO (Pest Control Operator) dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian.
  3. Pastikan pekerja yang merawat mempunyai lesen dan bertauliah. Lesen kelayakan untuk pekerja syarikat pest control dipanggil PAL (Pesticide Applicator License) atau pembantu kepadanya yang dipanggil APAL.
  4. Pastikan syarikat yang anda pilih berdaftar dengan Persatuan Pest Control Malaysia atau PCAM. Ini bukan kemestian tapi lebih terjamin sebab anda ada tempat untuk buat aduan jika berlaku sebarang masalah nanti.
  5. Tanya tempoh jaminan dan bagaimana ianya berkuat kuasa. Paling baik, sepanjang tempoh jaminan, syarikat menawarkan kerja pemantauan dan pemeriksaan sekurang-kurang 6 bulan sekali jika teknik bahan kimia digunakan.
  6. Jika teknik umpan digunakan, tempoh jaminan biasanya adalah setahun dan syarikat akan tetap datang membuat pemeriksaan dan pemantauan sepanjang tempoh berjalan. Anda juga bleh lanjutkan tempoh jaminan dengan harga yang amat rendah.
  7. Dapatkan maklumat terlebih dahulu berkenaan syarikat tersebut samada dengan menelefon PCAM atau bertanyakan mereka yang pernah menggunakan khidmat syarikat itu.
  8. Dapatkan sekurang-kurang sebut harga dari dua syarikat yang berbeza dan bandingkan harga dan tawaran serta teknik yang mereka cadangkan.
Begitulah secara ringkas cara memilih syarikat bunuh anai-anai. Anda boleh amalkan jika rumah anda sedang diserang anai-anai sekarang.

Jika anda mahukan khidmat bunuh anai-anai dari syarikat saya dengan menggunakan teknik umpan terutamanya, anda boleh segera menghubungi En Izam 012-2067357 atau Puan Siti 016-2612054
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Cara pilih syarikat untuk membunuh anai-anai di rumah pusaka

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment