Beliau mahu kerajaan mendapatkan bantuan daripada World Health Organisation (WHO), sebelum terlam bat dan keadaan wabak demam denggi menjadi lebih parah daripada sekarang.
Berdasarkan rekod, kes demam denggi naik tinggi seperti roket jika dibandingkan dengan kes demam denggi pada tahun lepas 2014. Dan perlu diingati bahawa kes demam denggi adalah amat tinggi pada tahun 2014 berbanding tahun 2013. Ertinya, kes demam denggi semakin parah dari tahun ke tahun.
Virus wabak denggi lebih ganas
Jumlah kes mati yang disebabkan oleh demam denggi juga meningkat naik dengan banyak sekali. Malah apa yang menakutkan sekarang adalah virus yang menyerang mereka yang mengidap demam denggi nampaknya jauh lebih ganas berbanding sebelum ini.Kerajaan masih lagi mengkaji apakah punca yang menyebabkan virus dalam kes demam denggi begitu ganas sehingga membawa kepada kematian dengan lebih mudah berbanding kes-kes yang terdahulu.
Kerajaan menolak cadangan ahli parlimen DAP untuk mengistiharkan darurat dan memohon bantuan WHO buat sementara waktu ini. Kementerian Kesihatan merasakan mereka masih lagi dapat tangani masalah wabak denggi di negara kita dan sedang berusaha mengenal pasti punca virus yang lebih ganas.
Peratusan meninggal masih rendah
Jika dilihat daripada jumlah mereka yang dilaporkan terkena demam denggi berbanding dengan jumlah mereka yang telah meninggal dunia akibat demam denggi, peratusan kematian adalah dalam lingkungan 0.3% sahaja.Ini bermakna dalam seribu orang yang dilaporkan terkena demam denggi, hanya 3 orang sahaja yang akan menemui maut. Baki seramai 997 orang lagi telah berjaya dirawat dengan baik sehingga pulih oleh para petugas kesihatan kerajaan.
Atas dasar itulah maka kementerian kesihatan masih merasakan bahawa keadaan masih dalam kawalan dan tidak perlu mengistiharkan darurat terhadap kes demam denggi.
Fogging masih belum berjaya
Dalam usaha mengawal nyamuk aedes daripada terus membiak dan bermaharajalela, aktiviti fogging telah banyak dijalankan di serata tempat di seluruh negara. Tapi nampaknya kes denggi berterusan meningkat macam tak ada brek.Persoalannya adalah samada aktiviti fogging itu berkesan dalam usaha mengawal kes demam denggi. Itulah pertanyaan yang diutarakan oleh orang ramai. Sedangkan kos untuk menjalankan fogging kesemuanya ditanggung oleh rakyat. Ia mestilah berkesan, jika tidak mahu berlakunya pembaziran.
Kerajaan masih tetap akan melaksanakan aktiviti fogging kerana ia masih dapat menghapuskan nyamuk aedes dan mengurangkan mereka daripada terus membiak. Masalahnya bukan fogging tak berkesan, tapi tapak pusat pembiakan nyamuk aedes terlalu banyak dan sentiasa bertambah.
Ini adalah masalah masyarakat yang tidak mengamalkan gaya hidup yang baik dengan mengaja persekitaran agar sentiasa bersih dan kering. Banyak penempatan yang tidak terurus kebersihan mereka. Malah ramai jiran yang buat pekak dan buta sahaja dengan kekotoran sekeliling rumah mereka.
Kita perlu ubah sikap ! segera amalkan kebersihan dan uruskan pembuangan sampah dan bekas-bekas yang boleh menakungkan air, uruskan dengan baik agar tidak menjadi pusat pembiakan nyamuk.
(sumber gambar dan berita di sini)
No comments:
Post a Comment