Thursday, July 9, 2015

DBKL dipersalahkan masalah denggi di Pantai Dalam

  Anonyme       Thursday, July 9, 2015
Kawasan sekitar Pantai Dalam merupakan salah satu daripada kawasan hitam terhadap masalah serangan demam denggi. Boleh dikatakan hampir semua penduduk sekitar kawasan tersebut sedar akan masalah itu.

Namun begitu, usaha untuk jadikan kawasan penempatan di sekitar Pantai Dalam tempat mereka tinggal sebagai kawasan yang bebas dari masalah wabak denggi masih tidak mencukupi.

Para penduduk di sana berusaha setakat yang mereka mampu untuk meredakan masalah demam denggi di tempat mereka. Tahun ini saja sudah ada 3 kali aktiviti gotong royong dijalankan untuk membuat pembersihan di seluruh kawasan penempatan penduduk.

DBKL tak buat kerja

Menurut berita daripada The Star online yang membuat liputan di kawasan penempatan penduduk kos rendah di Projek Perumahan Rakyat Ria, para penduduk menyalahkan DBKL.

Para petugas di DBKL tidak buat kerja yang sepatutnya untuk membantu meredakan masalah kes demam denggi di sana. Salah satu daripada bukti pihak DBKL tak buat kerja adalah dalam urusan pembersihan.

Menurut En Adam Malik Habi Muhammad, 46, salah seorang penduduk yang telah tinggal di Projek Perumahan Rakyat Ria selama 8 tahun, para pekerja DBKL tidak datang untuk kutip sampah sarap di flat tersebut selama berminggu-minggu.

Lawatan ke banggunan penempatan di situ boleh menyaksikan bagaimana kotornya keadaan flat di situ dengan sampah sarap bertaburan. Air paip yang bocor juga membuatkan kawasan tempat buang sampah di situ bertakung dengan air di sana-sini.

Terdapat juga takungan air di sekitar kawasan tangga flat. Ini menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat yang sesuai untuk pembiakan nyamuk aedes. Jika semua itu dibiarkan tanpa ada kesungguhan untuk menguruskannya, kes demam denggi akan sentiasa menghantui para penduduk di Pantai Dalam.

Usaha DBKL masih belum cukup

Memang ada usaha gigih dari pihak DBKL dalam menangani masalah wabak demam denggi di Pantai Dalam.

Pihak DBKL melakukan kerja-kerja Fogging sebanyak 2 kali seminggu di sekitar kawasan tersebut. Malah para pegawai DBKL juga sering datang melawat persekitaran dan berjumpa dengan penduduk untuk memberikan maklumat dan ilmu berkenaan cara mengawal dan mencegah demam denggi.

Tapi dengan tidak ada penyusunan dan pengurusan aktiviti penyelenggaraan di seluruh kawasan bangunan dan persekitarannya, semua usaha itu tidak akan berkesan.

Para penduduk juga perlu lebih bersatu padu dan berusaha melancarkan program pembersihan secara rutin sekurang-kurangnya setipa 2 kali sebulan. Hanya dengan tahap kesungguhan sebegitu saja masalah wabak demam denggi akan dapat dikawal.

Nampaknya perlu ada pemimpin setempat yang perlu bangun tampil ke hadapan untuk menggembeling tenaga semua penduduk bagi melancarkan gerak kerja hapuskan wabak denggi di Pantai Dalam.

sila pihat berita asal di sini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, DBKL dipersalahkan masalah denggi di Pantai Dalam

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment