Monday, July 13, 2015

Khidmat menghapuskan anai-anai di rumah anda

  Mohd Shubhi       Monday, July 13, 2015
Sempena bulan ramadan ini sehingga masuk ke bulan syawal, syarikat Knockout Fumigation Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan profesional mereka untuk menghapuskan masalah anai-anai di rumah anda.

Teknik yang digunakan dalam usaha menghapuskan anai-anai di rumah anda adalah teknik pengumpanan atau dalam bahasa inggeris lebih dikenali sebagai "Baiting System".

Bagaimana teknik pengumpanan bertindak

Untuk menghapuskan anai-anai, berikut adalah proses yang dilakukan oleh para profesional daripada syarikat Knockout Fumigation Sdn Bhd:

  1. Melakukan proses pemeriksaan - Rumah anda akan diperiksa terlebih dahulu secara terperinci bagi memastikan tahap serangan yang telah berlaku. Kerosakan akan dikenal pasti begitu juga dengan tahap kerosakan yang telah dilaukan oleh anai-anai tersebut. Punca darimana datangnya anai-anai juga akan dikesan untuk memudahkan rawatan supaya menjadi lebih berkesan.
  2. Memasang umpan - Setelah pemeriksaan dilaksanakan, dua lokasi berasingan akan dipilih untuk dipasang umpan anai-anai. Umpan akan dipasang dan ditutup dengan kemas dengan menggunakan kotak khas yang disediakan.
  3. Proses pemantauan - Setelah umpan siap dipasang, ia akan dibiarkan dalam tempoh seminggu. Ini untuk memberikan masa agar anai-anai mula masuk dan mula mengambil umpan yang diletakkan di situ untuk dibawa ke sarang.
  4. Mempastikan anai-anai terhapus - Proses pemantauan akan dilakukan setiap minggu sehinggalah anai-anai dapat dipastikan telah berjaya dihapuskan. Segala peralatan akan diambil kembali dan tuan rumah boleh mula membersihkan tempat yang telah dilakukan rawatan tersebut

Bagaimana umpan menghapuskan anai-anai

Teknik umpan sebenarnya menggunakan tabiat yang ada pada anai-anai itu sendiri untuk membunuh mereka.

Tabiat anai-anai yang diketahui adalah cara mereka mencari makanan dan membawanya pulag ke sarang untuk dikongsikan bersama dengan keseluruhan koloni anai-anai yang ada.

Tabiat makan anai-anai tidak seperti semut. Semua biasanya akan mencari makanan dan bila terjumpa akan terus makan makanan tersebut jika ianya adalah dalam bentuk cecair. 

Semut tidak berkongsikan makanan mereka untuk dimakan bersama dengan yang lain di dalam sarang. Kalau berkongsipun, hanyalah makanan dalam bentuk pepejal.

Itupun sebab terpaksa kerana hanya nimph semut (anak semut) sahaja yang mampu mencairkan makanan berupa pepejal tersebut. Kalau tidak tentu tak akan ada makanan yag masuk ke dalam sarang.

Berbalik pada cara makan anai-anai tadi, apabila makanan yang mengandungi bahan pembantut pembesaran serangga (IGR) diagihkan untuk dimakan oleh semua anai-anai di dalam sarang, maka jumlah anai-anai yang terkena bahan IGR akan bertambah dari hari ke hari.

Seterusnya, kesan daripada IGR itu akan membunuh anai-anai yang memakannya secara berterusan dalam jumlah yang banyak. Jumlah kematian beramai-ramai yang berlaku dalam sarang anai-anai akhirnya membawa kepada penghapusan keseluruhan koloni anai-anai itu.

Bagaimana umpan membunuh anai-anai

Untuk maklumat anda, umpan yang diletakkan dalam bekas pengumpanan mengandungi bahan yang boleh membantukan pembesaran anai-anai. Ia dipanggil Insect Growth Regulator (IGR).

Bahan ini membuatkan kulit luar anai-anai tidak mengeras walaupun ketika anai-anai perlu bersalin kulit. Kulit yang keras diperlukan untuk membolehkan anai-anai menarik keluar keseluruhan badannya daripada kulit lama dan seterusnya klit baru terbentuk.

Apabila kulit tetaplembut sedangkan ana-anai perlu keluarkan dirinya daripada kulit lama, maka paksaan akan berlaku dan ini membawa kepada kematian anai-anai itu sendiri. Begitulah yang terjadi pada semua anai-anai yang makan umpan yang telah dletakkan.

Kelebihan penggunaan umpan

Ada beberapa kelebihan yang amat ketara dalam penggunaan sistem umpan berbanding dengan cara konvensional.

Jika cara konvensional, anda terpaksa menebuk lubang yang banyak disekeliling rumah sepanjang dinding rumah anda, penggunaan sistem umpan tidak lagi perlu begitu. Kerosakan lantai dapat dielakkan dengan menggunakan teknik umpan.

Bahan kimia yang bergelen-gelen juga tidak diperlukan dan ia bererti penjagaan alam sekitar dapat dilaksanakan dengan baik.

Sistem konvensional tidak dapat membunuh keseluruhan anai-anai yang ada pada satu-satu koloni. Ini memungkinkan serangan akan datang kembali apabila kesan racun sudah hilang setelah dihakis oleh keadaan cuaca yang tidak menentu.

Umpan sebaliknya mampu membunuh dan menghapuskan keseluruhan anai-anai yang ada. Sudah tentu serangan baru tidak akan berlaku lagi selepas itu.

Gunakan khidmat kami hapuskan anai-anai di rumah anda

Untuk anda yang dilanda masalah serangan anai-anai di rumah tempat anda tinggal, anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan secara terperinci.

Anda boleh segera menghubungi En Izam 012-2067357 bagi mendapatkan pemeriksaan secara percuma di rumah anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Khidmat menghapuskan anai-anai di rumah anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment