Thursday, August 6, 2015

Negara China buat kilang pengeluaran nyamuk untuk apa ?

  Mohd Shubhi       Thursday, August 6, 2015
Pernah dengar sebuah kilang pengeluaran nyamuk?

Ya! kilang yang beroperasi untuk mengeluarkan nyamuk hidup yang kemudiannya semua nyamuk yang telah dihasilkan itu dilepaskan keluar bebas di persekitaran alam.

Untuk maklumat anda, negara China telah mengusahakan kilang pengeluaran nyamuk ini untuk tujuan kawalan masalah wabak denggi.

Masalah wabak denggi yang teruk telah melanda negara China sama macam yang sedang dialami oleh negara kita Malaysia. Tahun lepas saja terdapat sebanyak 47,000 ke telah dilaporkan di negara tersebut.

Untuk menyelesaikan masalah wabak denggi yang nampaknya tidak menunjukkan tanda-tanda mahu turun, maka sebuah kilang yang terletak di Kawasan Bandar Sains di Guangzhou telah menjalankan usaha mengeluarkan nyamuk.

Nyamuk-nyamuk yang dikeluarkan telah di mandulkan terlebih dahulu di kilang itu. Setelah dimandulkan nyamuk akan dilepaskan ke luar bebas untuk bercampur dengan nyamuk aedes liar di luar sana.

Hasil daripada itu, populasi nyamuk akan berkurangan sebab aktiviti persenyawaan antara nyamuk jantan dengan nyamuk betina tidak akan membuahkan apa-apa zuriat.

Kilang yang terletak di Guangzhou itu melepaskan sebanyak sejuta ekor nyamuk setiap minggu untuk bebas bercampur dengan nyamuk liar di luar. Ia merupakan satu percubaan pertama dilakukan secara besar-besaran dan nampaknya terbukti berkesan untuk kurangkan populasi nyamuk aedes.

Aktiviti itu nampaknya telah berjaya megurangkan sebanyak 90% populasi nyamuk aedes !

Mungkin itu merupakan satu pendekatan terbaik setakat ini untuki mengurangkan populasi nyamuk aedes. Seterusnya degan berkurangnya nyamuk aedes, maka wabak denggi sudah tentu akan dapat dikurangkan.

Kerajaan Malaysia perlu pertimbangkan untuk membina sebuah kilang nyamuk, untuk memandulkan nyamuk dan seterusnya melepaskan semua nyamuk mandul itu ke seluruh negara terutamanya di negeri yang kes demam denggi amat tinggi.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Negara China buat kilang pengeluaran nyamuk untuk apa ?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment