Wednesday, October 28, 2015

Cara pro atasi masalah lipas di rumah

  Mohd Shubhi       Wednesday, October 28, 2015
Cara pro atasi masalah lipas di rumah
Sebagai orang kampung, saya punya tolenrasi yang agak tinggi terhadap mana-mana serangga. Ertinya, saya tak berapa takut atau geli sangat dengan serangga, sebab dah biasa bermain dengan berbagai jenis serangga ketika membesar di kampung dahulu.

Walau bagaimanapun, lipas masih tetap menjadi salah satu serangga yang saya tak suka. Biasanya kita akan bertemu dengan lipas yang bersaiz besar yang kadangkala terbang dalam jarak yang dekat. Kita namakan lipas jenis itu sebagai Lipas Amerika.

Bila lipas bersaiz besar itu terbang ke arah kita, dan seterusnya hinggap pada badan, tempat yang terkena lipas itu akan mengeluarkan bau yang amat busuk. Baunya saling tak tumpah macam najis manusia.

Dan sebenarnya memang itu bau najis manusia sebab lipas jenis bersaiz besar yang biasa anda jumpa di kampung atau di kawasan perumahan, menjadikan lubang pembentungan sebagai salah satu dari kawasan kegemaran mereka berkumpul dan membiak serta mencari makan.

Masalah yang dibawa oleh lipas

Sebab itulah lipas masih tetap menjadi salah satu daripada serangga yang paling saya tak suka. Begitu juga dengan kebanyakan orang lain di luar sana. Malah ada yang sampai menjerit-jerit setiap kali bertemu lipas yang sedang merayat. Ada orang yang mengalami masalah Fobia dengan lipas.

Dari segi ekosistem alam sekitar, lipas berguna untuk kerja-kerja menghancur dan menguraikan bahan-bahan yang kita tak mahu.

Lipas tertarik untuk datang masuk ke dalam rumah kita atas sebab nak cari makan. Mereka merayap mencari makan dan amat gemarkan persekitaran yang lembab. Kadangkala lipas datang masuk ke rumah melalui bekas atau kotak yang kita bawa dari luar di mana lipas berada di dalamnya.

Oleh kerana lipas suka persekitaran yang kotor untuk mencari makan, maka lipas merupakan salah satu daripada punca banyak penyakit yang menyerang manusia. Masalah biasa yang menyerang kita akibat daripada bawaan lipas adalah seperti keracunan makanan dan cirit birit.

Jika ada banyak lipas di rumah anda, najis yang lipas keluarkan akan memberikan kesan yang hodoh pada tempat singgahannya. Najis yang ditinggalkan oleh lipas juga mendatangkan satu bau yang meloyakan. Kewujudan bau najis lipas boleh menggambarkan pada tetamu bahawa rumah kita amat kotor.

Bagaimana atasi masalah lipas

Dengan maklumat yang diberikan di atas, saya yakin samada anda punya tolenrasi besar atau kecil terhadap lipas, anda perlu membenteras lipas jika ada di rumah atau premis tempat anda tinggal.

Untuk atasi masalah lipas, perkara paling asas adalah dengan mengenal pasti di manakah lokasi terdapatnya lipas di rumah anda. Dimanakah tempat lipas menyorok dan membiak serta mencari makan dengan aktif.

Untuk mengenal pasti kawasan pembiakan lipas di rumah anda, cara mudah adalah dengan memasang perangkap bergam di beberapa lokasi strategik di sekitar dalam rumah anda. Pasangkannya pada sekitar dinding di kawasan yang gelap di dalam rumah anda terutamanya di belakang peralatan rumah seperti peti ais atau almari.

Pasangkan juga di dalam almari atau tempat simpan barangan dapur di rumah anda. Pasangkan juga di dalam bilik air terutamanya di dalam kabinet yang ada di dalam bilik air jika ada.

Dengan memasang perangkap lipas di beberapa tempat yang strategik dan membiarkannya selama dua atau tiga hari, anda akan dapat kesan kawasan manakah yang paling banyak lipas. Kawasan yang punya banyak lipas adalah kawasan di mana perangkap bergam yang anda pasang untuk memerangkap lipas punyai jumlah tangkapan yang paling tinggi.

Hilangkan sumber makanan lipas

Lipas tak akan pergi meninggalkan tempat di mana adanya banyak makanan serta minuman untuk memenuhi keperluan hidup mereka.

Oleh itu, langkah seterusnya setelah mengenal pasti di mana kawasan pembiakan dan berkumpulnya lipas, adalah dengan menghilangkan semua sumber makanan dan juga minuman lipas.

Kosongkan kawasan yang anda telah kenal pasti banyak lipas dan buat pembersihan yang terperinci. Jangan biarkan apa saja sisa-sisa makanan tertinggal atau melekat di situ. Cuci sampai bersih dan kemudian keringkan kawasan tersebut.

Dengan melakukan kerja-kerja pembersihan seperti yang diterangkan di atas, anda sudah menyelesaikan sebahagian besar daripada masalah lipas yang melanda rumah anda.

Atasi masalah lipas dengan bahan kimia

Setelah semue aktiviti pembersihan dilakukan, sekarang anda boleh menggunakan bahan kimia atau bahan pembunuh lipas yang masih tertinggal berkeliaran di waktu malam.

Jangan risau bila disebut bahan kimia kerana teknologi terkini telah menghasilkan bahan pembunuh lipas yang paling minimum kesannya terhadap manusia ataupun binatang peliharaan anda di rumah.
Anda boleh menggunakan bahan umpan untuk atasi masalah lipas secara berkesan.

Umpan samada dalam bentuk Gel atau Paste adalah bahan makanan untuk lipas yang telah cicampur dengan bahan aktif untuk membunuh lipas. Bahan makanan yang ada dalam umpan tersebut amat digemari oleh lipas.

Letakkan di celah dan penjuru lokasi yang ada banyak lipas menyorok. Anda tak perlu letak dalam kuantiti yang banyak untuk satu-satu titik. Tetapi perlu meletakkan dalam kuantiti tompokan yang banyak merata tempat yang ada banyak lipas.

Dengan kombinasi dua perkara tersebut di atas, iaitu pembersihan dan juga penggunaan umpan, insyaallah anda akan berjaya atasi masalah lipas di rumah anda. Lakukan aktiviti tersebut secara konsisten sehingga masalah lipas dapat diatasi.

Jika anda mengendalikan premis pembuatan makanan, atau jika anda menjalankan perniagaan restoran yang kerskala besar, anda mungkin perlukan khidmat kawalan lipas dari syarikat bertauliah dan profesional.

Untuk mendapatkan khidmat profesional, anda boleh hubungi En Izam 012-2067357 .
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Cara pro atasi masalah lipas di rumah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment