Friday, December 11, 2015

5 serangga dan makhluk perosak di rumah anda

  Ano Nyme       Friday, December 11, 2015


Serangga dan makhluk perosak banyak memberikan masalah kepada penduduk bandar dan juga pinggiran bandar. (sumber gambar)

Di kawasan perkampungan bukannya tiada masalah serangga dan makhluk perosak, ada, Tetapi tidaklah sehebat yang dihadapi oleh penduduk bandar dan pinggiran bandar.

Semuanya bergantung pada individu yang menghadapinya. Jika tahap kesedaran dan pendidikan seseorang individu itu adalah baik, maka semakin tinggi tahap keperluan untuk mengawal serangga dan makhluk perosak ini.

Sebelum kita senaraikan 5 cara kawalan serangga dan makhluk perosak yang mudah dan biasa di amalkan oleh mereka yang tahu caranya, elok kita lihat terlebih dahulu apakah serangga dan makhluk perosak yang biasa mendatangkan masalah kepada kita di rumah.

Senarai serangga dan makhluk perosak yang mengacau rumah

Tahap serangan serangga dan makhluk perosak yang datang mengacau atau memberikan ancaman terhadap diri kita dan rumah kita sebenarnya banyak bergantung kepada keadaan sekeliling kawasan tempat kita tinggal.

Namun begitu, kebiasaannya serangga dan makhluk perosak yang disenaraikan di bawah ini adalah yang paling biasa kita hadapi di rumah:

#1. Tikus dan cencorot

Ini merupakan musuh paling utama yang melanda penduduk di sekitar kawasan perumahan di bandar dan pinggiran bandar. Malah di kampung juga masalah tikus dan cencorot ini merupakan perkara biasa yang dialami oleh penduduk Malaysia.

Tikus mendatangkan banyak masalah samada yang menyebabkan kerosakan mahupun yang boleh mendatangkan masalah penyakit merbahaya kepada manusia.

Tikus akan mengerit atau menggigit wayar letrik di rumah dan ini boleh mendatangkan kerosakan sehingga boleh ke tahap rumah boleh terbakar jika berlakunya short circuit.

Tikus juga suka menebuk dengan menggigit lubang pada dinding atau perabut kayu terutamanya. Ini membuatkan banyak kerosakan berlaku pada rumah dan perabut kita. Malah tikus juga menggigit dan merosakkan bekas plastik dan lain-lain peralatan di rumah.

Selain daripada itu, tikus meninggalkan air kencing dan najis. Ia menyebabkan rumah menjadi busuk berbau hamis. Najis itu juga boleh menjadi punca kepada masalah kesihatan yang boleh mendatangkan bayaya pada penghuni rumah kita.

#2. Semut dan anai-anai

Jika ada yang tidak menghadapi masalah semut di rumahnya tentu hebat. Sekali sekala semut akan mendatangkan masalah pada rumah walau macam manapun kita jaga kebersihannya.

Tambahan pula jika rumah tersebut tidak mengambil khidmat syarikat kawalan serangga dan makhluk perosak untuk membuat pemantauan rutin dua bulan atau sebulan sekali.

Semua tidak mendatangkan penyakit pada kita tapi ia amat merimaskan dan boleh menyebabkan kerosakan pada peralatan dan makanan kita di rumah.

Ada semut yang mengigit sehingga menyebabkan kita merasa berbisa dan gatal. Ada juga semut yang tidak menggigit dan tidak berbisa, tapi ianya tetap mengganggu ketenteraman kita. Apa lagi jika jumlah yang datang mendiami di rumah kita itu banyak.

Anai-anai sebenarnya bukan dalam kumpulan semut, tapi kita dah terbiasa melihatnya sama macam kumpulan semut lain. Ada yang sebut anai-anai sebagai semut putih atau white ants dalam bahasa inggeris.

Anai-anai lagilah teruk gangguannya pada kita di rumah berbanding semut. Anai-anai boleh merosakkan apa saja struktur kayu serta segala benda yang berasaskan selulose di rumah kita. Buku, pakaian, kotak, almari perabut, tangga, paquet dan seumpanya adalah bahan yang sering dimusnahkan oleh anai-anai.

#3. Lipas

Ini satu lagi masalah besar yang dihadapi oleh penduduk bandar. Ada dua jenis lipas yang biasa menyerang rumah kita. Yang pertamanya bersaiz kecil sehingga ada yang anggap itu adalah anak lipas.

Satu lagi lipas yang sering mengganggu kita di rumah adalah bersaiz besar dan boleh terbang. Jika lipas besar itu singgah pada pakaian atau badan kita, cuba bau pada tempat yang dia hinggap itu. Erkkk!, busuk seperti taik baunya !.

Lipas ini selain mendatangkan masalah yang besar pada mereka yang phobia pada makhluk leper ini, ia juga bleh membawa berbagai penyakit kepada manusia.

Rumah atau kawasan yang banyak lipas memberikan bau yang tidak menyelerakan. Lipas meninggalkan najis pada tempat pembiakannya yang memberikan kesan dan bau busuk pada tempat tersebut.

#4. Pepijat

Pepijat tidak memberikan kerosakan pada rumah anda, tapi ia mendatangkan masalah besar pada diri anda sendiri sebab dia suka hisap darah manusia. Inilah masalah utama yang dihadapi jika pepijat menyerang rumah tempat kita tinggal.

Pepijat memang susah untuk dikesan sebab dia suka menyorok pada rekahan yang amat kecil seperti di celah perabut atau di celah tilam dan bantal. Bentuknya yang amat kecil dan leper membuatkan kerja mengesan pepijat menjadi sukar.

Kita tahu ada pepijat di rumah jika setiap kali bangun pagi ada kesan darah pada cadar. Bagi mereka yang alah pada gigitan pepijat, kesan pada tempat hisapan darah pepijat di badan kita boleh menyebabkan maslaah kulit.

Nak tahu samada serangga itu pepijat atau bukan anda hanya perlu mencarinya di celahan perabut atau katil di rumah anda dan jika terjumpa, penyet pepijat itu dan anda boleh bau yang mencucuk. Saya yakin ramai yang pernah bau pepijat ini.

#5. Nyamuk

Nyamuk paling merbahaya yang sedang melanda negara kita dan seluruh asia sekarang adalah nyamuk aedes yang mengakibatkan kes demam denggi.

Bagi mereka yang tinggal berhampiran kawasan sungai yang bsuk dan kotor di sekitar bandar pula akan mengalami masalah nyamuk tiruk yang amat ketara.

Begitu juga jika anda tinggal dipinggiran hutan, taman yang banyak pokok dan punyai air bertakung, atau semak samun, nyamuk merupakan salah satu perkara yang memeningkan kepala anda.

Jika cuaca sejuk, biasanya nyamuk tak berqapa ada sangat untuk mengacau dan menghisap darah anda. Tapi jika cuaca panas dan kering, nyamuk akan datang dengan jumlah yang tidak mendatangkan rasa aman pada jiwa, jika anda duduk pada waktu malam di luar rumah.

demikianlah 5 serangga dan makhluk perosak yang biasa dihadapi oleh penduduk Malaysia terutamanya di bandar dan pinggiran bandar.

Selepas ini, kita akan senaraikan pula 5 cara mengawal serangga dan makhluk perosak yang biasa di amalkan oleh mereka yang tahu mengenainya.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 5 serangga dan makhluk perosak di rumah anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment