Friday, November 4, 2016

MPSJ arah tutup 2 restoran di Pusat Bandar Puchong

  Mohd Shubhi       Friday, November 4, 2016
Dalam satu operasi pemantauan kebersihan restoran baru-baru ini, pihak MPSJ telah mengarahkan sebanyak 2 buah restoran di Pusat Bandar Puchong agar diberhentikan operasi. Ini disebabkan pihak pengurusan restoran telah gagal mematuhi prosedut kebersihan menguruskan restoran mereka.

Kedua-dua restoran tersebut diberikan markah dalam kategori Grade D. Tahap tersebut memberikan maksud bahawa restoran itu amat pengotor dan gagal mengamalkan amalan kebersihan yang memuaskan.

Antara kesalahan dan sikap pengotor yang diamalkan oleh pihak pengurusan restoran adalah seperti berikut:

  1. Keadaan lantai yang licin dan kotor. Pihak penguatkuasa mendapati lantai restoran amat licin dan kotor penuh dengan lebihan makanan yang berserakan atas lantai.
  2. Kesan kewujudan lipas. Terdapat tanda-tanda serangan ipas yang teruk di kawasan simpanan makanan, tempat penyediaan dan di dapur restoran.
  3. Pekerja yang tidak mengamalkan budaya kerja sihat. Para pekerja di restoran didapati berpakaian kotor dan tidak sesuai. Kasut yang dikenakan juga tidak sesuai. Kuku pekerja yang menyediakan makanan juga panjang dan kotor. Malah ada pekerja yang tidak mendapatkan suntikan vaksin dalam pengendalian makanan.
  4. Budaya kerja yang tidak baik. Pekerja di restoran didapati membasuh peralatan makanan dan menyediakan makanan di bahagian belakang restoran dan juga ditepi longkang.
  5. Gagal mengasingkan makanan. Restoran juga gagal asingkan, antara makanan yang dah siap untuk dimakan dengan makanan mentah. Semuanya bersepah dan bercampur aduk.
  6. Tidak memasang alat pengasingan lemak. Semua bahan makan dilempar terus masuk ke dalam longkang. Begitu juga bahan-bahan lemak masuk terus ke dalam saluran longkang tanpa ada penapis lemak yang menahan bahan tidak sesuai dari masuk ke dalam saluran longkang.
Dalam operasi tersebut, sebanyak 13 lagi restoran telah dijalankan pemeriksaan. Dalam keseluruhan operasi sebanyak 18 kompaun dikeluarkan dan 14 notis amaran telah diberikan kepada pemilik restoran yang gagal dalam penjagaan kebersihan.

Setakat bulan Oktober yang lalu, sebanyak 70 restoran telah diarahkan tutup kerana gagal dalam etika kebersihan pengurusan makanan.

Jika anda memerlukan khidmat pest control untuk premis restoran anda, dapatkan khidmat dari Easelife Services Sdn Bhd, sebuah syarikat pest control yang berlesen dan bertauliah serta berpengalaman dalam industri sejak 1998. Hubungi En Izam 012-206 7357 untuk maklumat lanjut.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, MPSJ arah tutup 2 restoran di Pusat Bandar Puchong

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment