Wednesday, November 30, 2016

Peningkatan mendadak kes denggi di kalangan pekerja pembinaan di Kuala Lumpur

  Mohd Shubhi       Wednesday, November 30, 2016
Kes denggi di kalangan pekerja pembinaan hanya ada 2 kes sahaja tahun lepas. Tahun ini sebanyak 16 kes telah dilaporkan berlaku di kalangan pekerja pembinaan.

Pihak pemaju hartanah dan juga para kontraktor di sekitar Kuala Lumpur perlu ambil perhatian dengan musim hujan yang sedang melanda sekarang. Dengan turunnya hujan, potensi untuk tapak binaan menakungkan air dan seterusnya menjadi pusat penternakan dan pembiakan nyamuk aedes adalah amat tinggi.

Menurut pihak berkuasa DBKL, terdapat sebanyak 166 tapak pembinaan yang sedang rancak berjalan di sekitar Kuala Lumpur sekarang ini. Laporan juga menunjukkan kes denggi adalah lebih tinggi berlaku pada para pekerja di tapak binaan tahun ini berbanding tahun lepas.

Aktiviti pemeriksaan jentik-jentik di tapak binaan

Pihak berkuasa DBKL melakukan aktiviti pemeriksaan terhadap tapak binaan setiap hari. Pemeriksaan ini dilakukan bertujuan untuk mengesan aktiviti pembiakan nyamuk aedes di situ. Setakat tahun ini, sebanyak 179 taak binaan telah pun dilakukan pemeriksaan.

Sebanyak 119 jumlah kompaun telah dikeluarkan pada tahun ini berbanding keseluruhan tahun lepas yang jumlahnya adalah sebanyak 106. Peningkatan kes denggi mungkin juga disebabkan jumlah tapak binaan yang aktif adalah lebih tinggi berbanding tahun lepas.

Denda RM500 untuk setiap tempat pembiakan aedes

Jika pihak berkuasa DBKL menemui satu pusat pembiakan di kawasan tapak binaan, denda sebanyak RM500 akan dikenakan kepada pihak pemaju atau pihak kontraktor. Kalau ada 10 tempat dikesan sebagai tempat pembiakan aedes, maka sudah tentu denda sebanyak RM5000 akan dikenakan.

Bukan sekadar denda sahaja, malah pihak kontraktor perlu membuat aktiviti kawalan nyamuk di kawasan tapak pembinaan mereka dan perlu menghantar laporan kepada pihak DBKL setiap bulan.

Kempen kesedaran masalah nyamuk aedes

Salah satu usaha untuk mengawal masalah pembiakan nyamuk aedes di sekitar tapak pembinaan ini, satu program kesedaran telah diadakan oleh DBKL. Pihak kontraktor dan pihak pemaju diberikan ilmu dan khidmat nasihat bagaimana aktiviti kawalan nyamuk aedes dapat dilaksanakan di kawasan tapak binaan mereka.

Bagi pemaju dan kontraktor yang besar, aktiviti kawalan ini boleh dilakukan sendiri oleh mereka. Bagi kontraktor yang lebih kecil pula, mereka boleh mendapatkan khidmat fogging dan larvasiding daripada syarikat pest control yang berlesen dan bertauliah.

Jika anda memerlukan khidmat fogging bagi membunuh nyamuk aedes dewasa dan khidmat membunuh jentik-jentik di tapak binaan, dapatkan khidmat tersebt daripada syarkat Easelife Services Sdn Bhd, sebuah syarikat pest control sejak ahun 1998 yang berlesen dan bertauliah. Hubungi Siti di 014 - 960 6567 untuk maklumat lanjut.

Jangan ambil ringan terhadap aktiviti kawalan nyamuk aedes ini ditapak pembinaan anda. Pihak DBKL tidak akan teragak-agak untuk megeluarkan arahan berhenti aktiviti seandainya tapak binaan dikesan menjadi pusat pembiakan nyamuk aedes.

Tahun lepas saja sebanyak 15 tapak telah dikeluarkan arahan berhenti kerja. Dan tahun ini sudah ada 12 tapak telah diberikan arahan yang sama. Jadi pastikan anda buat sesuatu jika tapak binaan anda tidak ada aktiviti kawalan nyamuk dan jentik-jentik.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Peningkatan mendadak kes denggi di kalangan pekerja pembinaan di Kuala Lumpur

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment