Pemeriksaan dilakukan dua minggu lepas dan pihak jabatan kesihatan memberikan notis perintah membersihkan kawasan rumah tersebut di dalam dan di luar rumah. Rumah yang diduduki oleh seorang ibu tua dan anaknya itu dipenuhi dengan sampah dan bahan buangan yang terlalu banyak bertimbun-timbun.
Masalah yang dihadapi oleh ibu tua dan anaknya yang cacat itu membuatkan mereka tidak mampu membersihkan rumah yang mereka duduki. Sebab itu rumah mereka bertukar menjadi kotor dan berselerak dengan berbagai bahan yang tidak diperlukan. Ada majalah, ada botol kosong, ada tin kosong, ada buku, perabut lama dan bermacam-macam benda lagi.
Gotong royong pembersihan rumah ibu tua
Untuk membantu ibu tua dan anaknya yang kurang upaya tersebut, satu gotong royong telah diadakan. Gotong royong pembersihan tersebut disertai oleh penduduk di Kampung tersebut bersama dengan pihak MCA Ipoh Timur bagi meringankan beban penghuni rumah itu.Masa yang telah diberikan oleh pihak jabatan kesihatan negeri adalah sebanyak 7 hari. Mereka perlu bersihkan rumah mereka di dalam di di luar kawasan atau akan dikenakan denda kerana menjadikan rumah mereka sebagai pusat pembiakan nyamuk aedes.
Akibat dari bahan buangan yang banyak di sekitar rumah tersebut, air bertakung di dalam bahan buangan tersebut. Ia menjadi pesta pembiakan nyamuk aedes yang amat meriah. Sebab itu sebanyak 29 tempat pembiakan nyamuk ditemui di rumah itu sahaja.
Masa 7 hari tak cukup untuk pembersihan
Walaupun dibantu oleh penduduk kampung secara sukarela, namun masa 7 hari yang diberikan masih tidak cukup untuk melakukan aktiviti pembersihan. Selama 7 hari itu, hanya kawasan luar rumah sahaja yang mampu dibersihkan. Itupun masih tidak habis lagi.Bayangkan betapa banyaknya bahan buangan dan benda tak diperlukan telah disimpan oleh ibu tua dan anaknya yang kurang upaya tersebut!.
Oleh itu, orang ramai dan wakil MCA Ipoh Timur memohon jasa baik pihak berkuasa dan juga pihak majlis perbandaran melanjutkan lagi tempoh pembersihan. Masa 7 hari tidak cukup dan masih banyak lagi kerja pembersihan yang perlu dilakukan.
Kali ini orang ramai akan membantu kerja pembersihan. Selepas dah bersih nanti, diharapkan rumah itu akan dijaga sebaik mungkin supaya tidak mengulangi keadaannya yang kotor sebegitu. Rumah yang kotor dan penuh bahan buangan diluar dan dalam merupakan satu ancaman bukan saja kepada penghuni rumah. Malah ia mendatangkan ancaman kepada penduduk sekeliling juga.
Kalau kotor lagi, penghuni kena buat sendiri selepas ini, kata Ketua Ketua MCA Ipoh Timur yang turut memantau aktiviti gotong royong pembersihan tersebut.
Kampung Pinji diserang nyamuk aedes
Masalah serangan nyamuk aedes dan serangan demam denggi sedang mengancam Kampung Pinji sekarang. Puncanya adalah aktiviti pembersihan kawasan dan pembuangan sampah yang tidak mengikut jadual.Hampir setiap minggu pasti ada lebih dari 2 aduan diterima berkenaan masalah pembuangan sampah dan kawasan rumah yang dipenuhi oleh rumput tinggi dan tidak terurus. Longkang yang tidak dibersihkan, sampah yang tidak dibuang dan bertaburan menjadi masalah yang besar di Kampung Pinji.
Tahun lepas saja terdapat 49 kes demam denggi dilaporkan di kampung Pinji. Dan setakat tahun ini sudah ada 19 kes telah dilaporkan di situ. Aktiviti fogging telah dilakukan sebanyak 22 kali di kampung itu saja setakat ini dan sebanyak 16 aktiviti pemeriksaan nyamuk aedes telah dijalankan di situ.
Semua orang perlu berusaha melakukan aktiviti pembersihan di dalam dan di sekiar rumah mereka. Kita tidak boleh hanya mengharapkan pihak berkusa sahaja melakukan aktiviti tersebut demi memelihara masayarakat dari serangan demam denggi. sumber maklumat
Jika anda perlukan khidmat fogging bagi membunuh nyamuk aedes dewasa, dan pemusnahan jentik-jentik di sekitar perumahan, anda boleh dapatkan khidmat tersebut di sekitar Shah Alam dan Subang jaya dengan menghubungi syarikat Easelife Services Sdn Bhd, sebuah syarikat pest control yang berlesen. Hubungi Siti di 014-9606567 untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment