Monday, December 5, 2016

8 negeri catat peningkatan kes demam denggi sumbang kenaikan kes denggi nasional

  Mohd Shubhi       Monday, December 5, 2016
Secara keseluruhannya, terdapat peningkatan kes demam denggi di seluruh negara bagi mnggu ke-47 tahun ini. Jumlah kes denggi yang dilaporkan dari 20 Nov hingga 26 Nov adalah sebanyak 1257 kes.

Dari segi peratusan, kenaikannya adalah sebanyak 4.7%.

Pada minggu sebelumnya, iaitu minggu ke-46, jumlah kes denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 1201 kes.

8 negeri catat peningkatan kes denggi

Berikut adalah 8 negeri yang dilaporkan mengalami peningkatan kes demam denggi

  1. Pahang
  2. Selangor
  3. Negeri Sembilan
  4. Perak
  5. Melaka
  6. Sarawak
  7. Kedah
  8. Sabah
Bagi mereka yang mendiami di 8 negeri kat atas tu sila ambil perhatian. Jaga keselamatan anda dan keluarga supaya tidak menjadi mangsa demam denggi. Jangan dedahkan diri anda di luar rumah terutamanya di waktu nyamuk aedes aktif terbang mencari mangsanya.

Biasanya, nyamuk aedes aktif cari mangsa hisap darah di waktu pagi dan waktu petang seperti berikut:
  • Pagi, antara pukul 6.00 pagi ke 10 pagi
  • Petang, antara pukul 6 petang ke 10 malam
Kalau terpaksa keluar juga dalam waktu yang tersebut di atas, pakai pakaian yang menutupi semua anggota badan dan kaki anda serta tangan.

Status kes denggi tahun ini

Setakat 26 haribulan November 2016 ini, sebanyak 94,337 kes demam denggi telah dilaporkan. Jika nak dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu, ada penurunan kes sebanyak 13.6%. Tahun lalu jumlah kes denggi adalah sebanyak 109,166 kes.

Minggu ke-47 sahaja menyaksikan kes kematian akibat demam denggi seramai 6 orang. Keseluruhan kes kematian akibat demam denggi pada tahun ini setakat ini berjumlah seramai 220 orang.

Tahun lepas terdapat seramai 296 orang meninggal dunia disebabkan kes demam denggi.

Kes Zika kekal tak berubah

Laporan terbaru dari WHO menyatakan sebanyak 75 negara telah terkena masalah virus Zika. Walau bagaimanapun, kementerian kesihatan Malaysia melaporkan kes terkena virus Zika setakat ini masih kekal sebanyak 7 kes sahaja tidak berubah.

Jika anda perlukan khidmat fogging dan khidmat hapus jentik-jentik di persekitaran rumah atau taman, boleh berhubung dengan Easelife Services Sdn Bhd, sebuah syarikat Pest ontrol Berlesen dan bertauliah. Call Siti 012-206 7357 untuk maklumat lanjut.

Sumber berita.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 8 negeri catat peningkatan kes demam denggi sumbang kenaikan kes denggi nasional

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment