Monday, December 19, 2016

Warga Petaling Jaya orang ke-8 dijangkiti Virus Zika

  Mohd Shubhi       Monday, December 19, 2016
Laporan terkini dari Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa seorang warga Petaling jaya, Selangor telah dijangkiti virus zika. Warga Petaling Jaya yang berumur 67 tahun itu kini menjadi mangsa ke-8 di negara kita yang menhadapi masalah virus zika.

Kronologi kejadian mangsa dijangkiti Zika

Mangsa dilaporkan mendapatkan rawatan pertamanya di Klinik Tangling pada 30 November 2016. Dia ke klinik itu setelah mengalami masalah demam, loya tekak dan cirit birit selama 2 hari sebelumnya.

Dalam rawatan, setelah ujian darah dilakukan tidak terdapat sebarang tanda yang menunjukkan ada masalah besar. Dia diberikan rawatan biasa berserta ubatan. Kemudiannya di suruh balik berehat. Jika ada masalah lagi atau sakit semakin teruk, dia diminta untuk datang kembali.

Kemudiannya, pada 1 Disember, pesakit itu datang lagi ke klinik Tangling untuk mendapatkan rawatan. Kali ini dia mengalami masalah sakit-sakit pada tulang sendi dan pada otot. Dia diberikan ujian untuk mengesan demam denggi, tapi tidak ada demam denggi dikesan padanya.

Kemudiannya kes itu dirujuk kepada pejabat kesihatan daerah sebagai laporan disyaki demam denggi. Pesakit diminta untuk ulang ke pejabat kesihatan daerah setiap hari untuk dibuat ujian demam denggi pada darahnya.

Walaupun simptom demam denggi masih ada berlarutan, pesakit masih didapati tiada mengalami masalah demam denggi. Maka darahnya diambil dan dihantar kepada Hospital Sungai Buloh untuk kesan sebarang masalah virus lain selain denggi. Dan pada 9 Disember, MKAK sahkan ada virus Zika telah dikesan dalam darah tersebut.

Darahnya di hantar pula kepada IMR bersama dengan sample air kencing untuk dilakukan ujian pengesahan. Dan akhirnya pada 14 Disember, IMR membuat pengesahan ada virus Zika juga di dalam air kencing mangsa.

Perjalanan mangsa yang dah kena virus Zika

Menurut kenyataan kementerian kesihatan, mangsa di katakan membuat perjalanan di sekitar Shah Alam, Kuala Lumpur dan Perak antara 14 November ke 28 November 2016. Ada risiko sebaran virus zika di mana tempat mangsa berada.

Saudara mara mangsa juga telah dilakukan pemeriksaan darah bagi mengesan samada virus zika itu juga turut ada pada mereka. Para jiran di sekitar tempat tinggal mangsa juga terpaksa di lakukan pemeriksaan untuk mengesan kehadiran masalah zika jika ada.

Dari mana agaknya mangsa mendapat masalah zika itu tidak diberikan maklumat. Mungkin pihak berwajib sedang melakukan penyiasatan selanjutnya untuk mengesan dari mana datangnya.

Apa yang penting, semua orang perlu berusaha untuk membenteras tempat pembiakan nyamuk aedes. Masukkan abate dalam air bertakung dan lebih mudah lagi, jangan biarkan air bertakung terutamanya di kawasan yang redup. Luangkan masa 10 minit sahaja untuk meronda sekeliling rumah anda untuk membuat pembersihan dari apa saja bekas yang boleh takungkan air.

Jika anda perlukan perkhidmatan fogging bagi membunuh nyamuk aedes dewasa, dapatkan khidmat Easelife Services Sdn Bhd, sebuah syarikat Pest Control yang berlesen dan bertauliah. Call Siti 012-2067357 untuk maklumat lanjut.



logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Warga Petaling Jaya orang ke-8 dijangkiti Virus Zika

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment