Sehebat mana sekalipun servis hotel atau homestay yang anda usahakan, sekali saja pengunjung terkena serangan ngeri gigitan pepijat, anda juga bakal mengalami mimpi ngeri dalam perniagaan yang anda jalankan.
Dunia sekarang bukan boleh buat mudah. Seorang pelanggan yang malang tidur tak lena dalam hotel yang diserang pepijat, boleh jadikan hotel atau homestay anda terkenal. Bukan terkenal sebab servis yang hebat, sebaliknya terkenal sebab pengunjung viralkan kes dia kena hisap darah dek pepijat.
Dengan medai sosial sekarang semua orang dapat maklumat dengan pantas. Yang lebih menakutkan, maklumat dari media sosial akan diperbesarkan daripada kejadian sebenar. Mungkin hanya satu bilik saja dari hotel anda kena serangan pepijat, tapi aktiviti viral pengunjung di media sosial akan menggambarkan seolah-olah semua bilik di hotel anda ada anyak pepijat.
Oleh itu jangan buat main-main dengan isu pepijat ini. Pastikan anda buat langkah-langkah yang betul untuk pastikan hotel atau homestay anda bebas dari masalah pepijat. Lindungi kesejahteraan para pengunjung di hotel anda dengan mengambul langkah-lag berikut.
1. Perhatikan rekabentuk bilik hotel anda
Jika masih ada kesempatan, sila berikan perhatian yang serius terhadap reka bentuk bilik hotel anda. Biasanya serangan pepijat banyak berlaku sekitar 5 kaki radius dari katil di bilik hotel anda. Oleh itu pastikan segala perabut di sekitar kawasan tersebut amat minimum. Jika perlu anda perabut, pilih jenis yang tidak merambu dengan kain dan banyak lekuk dan rekahan. Perabut yang ringkas dengan konsep lurus tampa lekuk dan ukiran adalah lebih baik.2. Latih pekerja hotel terhadap ilmu serangan pepijat
Ini perkara yang amat penting perlu dilakukan oleh semua pemilik hotel. Pastikan pekerja hotel anda jumpa pepijat terlebih dahulu daripada tunggu pengunjung hotel. Jika penyewa hotel yang jumpa dulu, semuanya sudah terlewat.Oleh itu latih pekerja tentang ilmu pepijat. Di mana pepijat biasanya serang. Di mana nak cari pepijat kalau ada dan pepijat suka menyorok kat mana. Segala ciri-ciri pepijat perlu diketahui oleh para pekerja hotel. Ini akan menyelamatkan hotel anda dari mendapat imej malang dari pengguna yang kena serantg pepijat.
3. Buat perancangan proaktif menghindari pepijat
Jika anda berusaha menghindari dari awal serangan pepijat, itu bakal menjimat banyak kos berbanding jika anda bertindak secara reaktif. Kos rawatan, kos imej tercemar dan pelanggan lari amat mahal sebenarnya. Kaji maklumat berkenaan menggunakan sarung bantal dan tilam yang mampu membunuh pepijat dengan berkesan. Gunakan sarung tersebut di seluruh perabut hotel anda.4. Buat rancangan tindakan terhadap aduan pepijat
Latih semua pekerja anda bagaimana menguruskan aduan serangan pepijat dengan berkesan dan pantas. Ini dapat menyelamatkan perkara buruk dari terus merebak dan seterusnya memusnahkan imej hotel anda.Jika anda ada masalah serangan pepijat samada di rumah, hotel atau homestay, dapatkan rawatan segera dari Easelife Services Sdn Bhd. Sebuah syarikat pest control berpengalaman sejak 1998. Easelife Services Sdn Bhd pakar dalam menghapuskan masalah serangan pepijat dengan menggunakan rawatan Haba Panas tanpa penggunaan racun. Selamat dan amat berkesan. Telefon Puan Siti 01202067357 untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment