Tuesday, February 7, 2017

Kawalan denggi - 70% warga Selangor pentingkan diri tiada kerjasama

  Anonyme       Tuesday, February 7, 2017
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Zailan Adnan berkata penduduk di mana kawasan teruk dilanda masalah demam denggi pentingkan diri sendiri. Mereka tidak memberikan kerjasama dalam aktiviti kawalan demam denggi yang dijalankan oleh pihak berkewajipan.

Secara purata, menurut Datuk Dr Zailan Adnan, sebanyak 70% daripada pemilik premis di kawasan bermasalah denggi tidak membenarkan aktiviti fogging dilaksanakan di sekitar premis tempat tinggal mereka. Hanya 3 dari 10 buah rumah sahaja yang berikan kerjasama ketika aktiviti fogging dijalankan.

Masalah tiada kerjasama daripada penduduk Selangor dikenal pasti menjadi salah satu daripada punca meningkatnya kes denggi di negeri Selangor. Kementerian Kesihatan baru-baru ini mengeluarkan laporan bahawa 6 negeri mengalami peningkatan kes demam denggi. Selangor menjadi negeri paling teruk mengalami masalah kes denggi.

Punca kes denggi meningkat

Salah satu daripada punca kes denggi meningkat sekarang adalah disebabkan keadaan cuaca hujan dan suasana lembab yang sedang melanda. Suasana tersebut ditambah pula dengan tiadanya kerjasama daripada para penduduk yang dilanda masalah denggi.

Para penduduk juga didapati hanya bergantung kepada aktiviti fogging yang dijalankan oleh jabatan kesihatan sahaja. Aktiviti membenteras pusat pembakan nyamuk aedes tidak dilaksanakan oleh para penduduk.

Para penduduk tidak boleh mengharapkan 100% aktiviti kawalan nyamuk aedes hanya kepada pihak berkuasa dan kerajaan sahaja. Aktiviti kawalan nyamuk aedes adalah aktiviti yang perlukan kerjasama dari semua pihak. Yang paling penting adalah aktiviti pencegahan yang kuasa bertindaknya adalah terhadap para penduduk.

Semua orang perlu pastikan tiada kawasan pembiakan nyamuk aedes di persekitaran tempat tinggal mereka. Jika semua orang ambil bahagian, aktiviti kawalan akan menjadi amat berkesan. Luangkan masa setiap minggu selama 10 minit untuk mencari dan musnahkan pusat pembiakan nyamuk aedes.

Kawasan Daerah Petaling dan Hulu Langat dikenal pasti sebagai kawasan kritikal dalam kes demam denggi di Negeri Selangor. Baca berita asal di sini.

Penduduk jangan pentingkan diri

Mohon semua penduduk negeri Selangor untuk bersedia memberikan kerjasama dalam aktiviti kawalan nyamuk aedes ini. Pastikan anda membenarkan aktiviti fogging dijalankan di persekitaran rumah anda. jangan tutup pagar untuk elakkan aktiviti fogging bila pihak jabatan kesihatan jalankannya.

Bukan senang nak dapatkan khidmat fogging secara percuma. Pegawai jabatan kesihatan juga akan melakukan aktiviti pemeriksaan di sekitar premis anda. Mungkin anda dah lakukannya sendiri, tapi apa salahnya untuk membenarkan pihak jabatan kesihatan pula melakukannya sekali lagi.

Lagipun mereka lebih cekap dan berpangalaman dalam mengenal pasti kawasan pembiakan aedes. Anda boleh belajar dari mereka bagaimana cara buat pemeriksaan.

Jika anda memerlukan khidmat pest control di sekitar Selangor, dapatkan khidmat pest control dari syarikat berlesen. Khidmat kawalan lipas, semua dan tikus secara berkala dapat memastikan rumah anda bebas dari serangga dan makhluk perosak tersebut. Anda juga boleh gunakan syarikat pest control untuk membantu kenal pasti tempat berpotensi pembiakan nyamuk aedes di sekitar premis anda secara percuma.

Hubungi Syarikat Easelife Services Sdn Bhd untuk khidmat pest control. Call Puan Siti 012-2067357 untuk maklumat lanjut.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kawalan denggi - 70% warga Selangor pentingkan diri tiada kerjasama

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment