Wednesday, June 28, 2017

Setelah 40 tahun hilang, pepijat muncul semula menyerang manusia

  Mohd Shubhi       Wednesday, June 28, 2017
Sepanjang abad ke 20, Pepijat boleh dkatakan merupakan serangga yang semua orang kenal. Tak kira orang tua atau orang muda, kenal pepijat sepanjahg abat tersebut sebab memang ada banyak dan dah biasa sangat dengan gigitan pepijat.

Dalam abad ke 20 juga, bahan kimia yang amat hebat, berkesan dan berkuasa berjaya membunuh hampir habis pepijat. Di negara barat misalnya, di Amerika, pepijat boleh dikatakan hampir lenyap terus antara tahun 1950-an ke 1990-an.

Bahan kimia seperti DDT yang amat berkuasa ketika itu menghapuskan habis semua pepijat. Selepas itu, orang ramai mula lupakan pasal masalah pepijat ini. Malah ada ramai yang tak kenal apa itu pepijat sebab amat jarang terserempak dengannya.
Jika anda perlukan khidmat hapuskan pepijat dengan teknik rawatan haba dari wap panas, sila hubungi Easelife Services Sdn Bhd, sebuah syarikat pest control berlesen dan bertauliah sejak 1998. Hubungi Puan Siti di nombor 012-2067357 untuk maklumat lanjut.

Pepijat muncul kembali sekarang

Dalam tempoh 5 ke 7 tahun kebelakangan ini, tiba-tiba pepijat muncul semula. Pepijat menyorok dan makan darah kita hampir di semua tempat sekarang. Di katil kat bilik tidur, di sofa, di asrama, di hotel malah ada pepijat yang membiak di kerusi bas express !.

Kenapa agaknya pepijat muncul semula secara tiba-tiba ?

Sebab paling tepat tak siapa yang tahu sebenarnya. Tapi para pakar kawalan serangga dan makhluk perosak mengatakan ia ada kaitan dengan jumlah manusia yang amat banyak menyembara di seluruh pelusuk dunia sekarang banyaik menyumbang kepada pembiakan dan mengedaran pepijat di seluruh dunia sekarang.

Satu lagi masalah yang menyumbang kepada pembiakan dan mengedaran pepijat dengan mudah adalah disebabkan hampir kesemua jenis racun serangga yang ada di pasaran moden sekarang ini tidak memberikan kesan yang kuat bagi membunuh pepijat.

Pepijat nampaknya dah mula lali dengan racun serangga yang ada kat pasaran. Tak berapa cukup kuat untuk terus membunuh mereka seperti mana racun serangga yang hebat di abad ke-20 dahulu. Tapi malangnya semua racun kuat yang satu masa dahulu digunakan dengan meluas terpaksa di haramkan penggunaannya sebab terlalu bahaya kepada ekosistem alam.

Anda perlu tahu mengelak dari pepijat

Suka atau tidak, sekarang semua perlu tahu bagaimana nak elakkan diri dari diserang dan menjadi mangsa kepada pepijat. Untuk membolehkan anda mengelak, tak susah sangat. Berikut diberikan sedikit penduan tentang apa yang anda perlu tahu tentang pepijat.

#1. Pepijat kecil dan leper

Kalau anda tak pernah tengok pepijat, anda perlu tahu bahawa pepijat ini saiznya amat kecil tapi masih cukup besar untuk mata mampu melihatnya. Saiznya lebih kurang sebesar saiz taik telinga anda yang dah sebulan tak dikorek.

Bentuk badanya pulak amat leper. Ini memudahkan pepijat untuk menyelit di celah-celah rekahan kayu atau dicelah lipatan tilam atau cadar.

Warnanya adalah coklat gelap kemerahan. Pepijat biasanya suka menyorok dan membiak di kawasan manusia tidur sebab mereka bergantung kepada darah untuk dijadikan makanan untuk hidup dan membiak. Mereka merayap dan makan darah manusia kemudiannya cabut balik ke tempat menyoroknya melepak kat situ.

#2. Darah adalah makanan utama pepijat

Biasanya pepijat akan datang merayap ketika anda sedang tidur untuk makan darah seminggu sekali sahaja. Itu merupakan tempoh masa yang biasa bagi pepijat cari makan.

Tetapi pakar mengatakan, pepijat mampu tak makan apa-apa dan masih kekal hidup selamat beberapa bulan. Pepijat juga pandai sesuaikan diri bergantung kepada cara anda tidur. Kalau anda jenis tidur siang, mereka akan ikut jadual tidur anda untuk datang hisap darah. Ertinya pepojat tak keluar hisap darah hanya di waktu malam saja.

#3. Pepijat berkerumun pada tilam

Pepijat ni tak sukakan pergerakan. Sebab itu dia hanya datang dan hisap darah ketika sedang tidur nyenyak. Biasanya pepijat akan tinggal dalam lingkungan 8 kaki dari kawasan anda tidur. Dan tempat yang paling disukai oleh pepijat sudah tentu di sekitar tilam dan katil anda di dalam bilik tidur.

Selak di celah-celah ipatan pada tilam tidur anda dan semak samada ada bintik-bintik kecil berwarna hitam bertaburan sepanjang lipatan tilam. Itu adalah kesan dari najis pepijat yang menjadikan tempat itu sebagai pusat melepak mereka.

Pepijat juga biasanya akan menyorok di celah kayu perabut katil. Juga dicelahan perabut lain yang ada di sekitar katil tempat anda tidur. Pepijat juga boleh menyorok di bingkai gambar yang anda gantung pada dinding dihujung kepala katil anda. Kayu atau kepala katil juga merupakan satu lagi tempat kegemeran pepijat jadikan pot.

Berapa jauh agaknya pepijat boleh merayap dalam tempoh satu malam ?

Kajian menunjukkan pepijat boleh merayap sejauh 100 kaki untuk tempoh satu malam. Jadi jangan ingat dia tak boleh datang masuk ke dalam bilik anda di sebelah.

#4. ramai yang tak sedar digigit pepijat

Kajian menunjukkan satu pertiga daripada kita semua tak akan perasan yang dia kena gigit pepijat ketika tidur semalam. SEbab itu jika ada pepijat kat mana-mana tempat seperti hotel, bukan semua orang akan peka dan sedar yang kat situ ada pepijat.

Tapi ada juga orang yang tak tahan kena gigit pepijat. Kawasan kena gigit akan jadi gatal dan biasanya akan timbu masalah kulit seminggu atau lebih.

#5. Pepijat tak ada kaitan dengan bersih atau kotor

Samada anda tinggal kat hotel 5 bintang atau tinggal di hotel yang lansung tak ada bintang, pepijat boleh saja muncul untuk hisap darah anda ketika tidur. Sebab pepijat hanya bergantung pada darah sebagai makanan dan tidak perlukan kekotoran untuk hidup.

Berbeza dengan serangga perosak lain seperti lipas umpamanya yang amat suka pada tempat kotor sebab mereka bergantung pada kekotoran itu untuk cari makan.

Walau bagaimanapun, rumah yang amat berselerak membolehkan pepijat jadikan pusat pembiakan di merata tempat dengan mudah dan selesa. Ini mendatangkan kesukaran untuk aktiviti pencegahan dan penghapusan pepijat.

#6. Pepijat ada kat bandar dan luar bandar

Samada anda tinggal kat kawasan bandar atau luar bandar, pepijat boleh saja ada kat situ. Di mana ada akses kedatangan dan pergi manusia di situ ada peluang untuk pepijat di bawa masuk.

Biasanya rumah orang susah akan lebih mudah diserang pepijat. Mungkin atas faktor penggunaan perabut lama dan keupayaan untuk menjalankan proses menghapuskan pepijat membuatkan pepijat membiak dengan mudah kat situ.

#7. Pepijat tak bawa penyakit berjangkit

Ya! ini satu berita yang baik. Pepijat memang tak ada bawa apa-apa masalah penyakit yang berjangkit kepada manusia. Cuma mereka mengacau manusia dari tidur nyenyak sahaja. Dan ada kalanya memberikan kesan gatal pada kulit yang telah digigit.

#8. Macam mana nak elak pepijat

Kalau rumah anda tak pernah ada pepijat, tahniah ! anda boleh rasa lega dan selamat dari gangguan. Tapi ingat ! anda boleh saja bawa balik pepijat dari tempat lain yang anda lawat.

Jika anda hanya lawat tempat yang biasa sahaja dan bukan tempat yang anda boleh tidur atau pejam mata sekajap kat situ, tak perlu nak risau. Tapi jika anda pergi tempat yang boleh lepak tidur, ambil perhatian.

Pastikan anda jangan masuk mana-maa hotel atau bilik tidur tanpa periksa terlebih dahulu kewujudan pepijat. Itu saja cara untuk elakkan diri dari bawa balik pepijat masuk ke rumah anda.

Pastikan anda tak sepuk pakaian anda merata-rata kat dalam hotel yang disewa. Beg pakaian perlu diletakkan jauh dari dinding pada tempta khas meletakkan beg.

Begitu juga kalau anda tumpang tidur rumah kawan atau sesiapa saja, periksa terlebih dahulu kewujudan pepijat. Jangan cari pasal tidur di rumah yang ada pepijat dan kemudiannya anda bawa balik pepijat masuk ke rumah anda pulak.

#9. Hapuskan pepijat dengan haba wap panas

Pepijat boleh dibunuh dnegan mudah jika anda lalukan haba yang panas melebihi 60 darjah celcius padanya. Bukan saja pepijat dewasa yang mati, malah pepijat kecil termasuk sekali dengan telur pepijat akan mati terkena wap atau haba panas.

Berbeza dengan penggunaan racun serangga yang disembur, haba panas mampu masuk ke celah-celah sempit tempat sembunyi pepijat. Oleh itu mampu membunuh pepijat dengan mudah. Tak ada pepijat yang tahan panas, tetapi pepijat ada yang tahan racun.

Jadi penggunaan wap haba panas sebagai teknik menghapuskan pepijat adalah berkesan. Lagipun haba wap panas bukanlah racun. Maka ianya amat selamat dan tidak mendatangkan apa-apa mudarat pada anda.
Jika anda perlukan khidmat hapuskan pepijat dengan teknik rawatan haba dari wap panas, sila hubungi Easelife Services Sdn Bhd, sebuah syarikat pest control berlesen dan bertauliah sejak 1998. Hubungi Puan Siti di nombor 012-2067357 untuk maklumat lanjut.
Selepas wap haba panas dilalukan di seluruh tilam dan kawasan tempat tidur anda, boleh terus gunakan semula tempat itu dan tak perlu tunggu sehari dua untuk keringkan tilam yang terkena racun serangga perosak. Alat pengeluar haba wap panas juga akan dicampurkan dengan bahan penyaman yang boleh memberikan keselesaan semula tilam anda dari bau pepijat yang busuk.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Setelah 40 tahun hilang, pepijat muncul semula menyerang manusia

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment