Friday, July 21, 2017

BASF keluarkan kelambu yang boleh bunuh nyamuk untuk kawal masalah Malaria

  Mohd Shubhi       Friday, July 21, 2017
Syarikat bahan kimia gergasi dari German keluarkan kelambu yang mampu membunuh nyamuk anopheles untuk kawalan masalah malaria.

Jika anda perlukan khidmat kawalan nyamuk seperti aktiviti fogging atau larvaciding bagi membunuh jentik-jentik, gunakan khidmat syarikat kawalan serangga Easelife Services Sdn Bhd. Syarikat yang berlesen dan bertauliah dan berpengalaman sejak tahun 1998. Hubungi Puan Siti untuk maklumat lanjut di nombor 012-2067357

Sedikit maklumat berkenaan Malaria

Nyamuk anopheles atau dalam bahasa melayu kita panggil nyamuk tiruk adalah pembawa kuman malaria. Nyamuk tiruk biasanya banyak di kawasan luar bandar, pendalaman atau di kawasan orang asli. Sebab itu masalah malaria kebanyakannya berlaku di kawasan tersebut.

Nyamuk Tiruk ini biasanya hidup dan membiak di kawasan air jernih yang terdedah kepada sinaran matahari seperti kawasan sawah padi, anak sungai, di lereng bukit, di kawasan takungan air dan sebagainya.

Nyamuk Tiruk aktif mencari mangsanya bermula pada waktu senja sehinggalah tengah malam. Parasit malaria yang dibawa oleh nyamuk tiruk akan hidup di dalam sel-sel darah merah pesakit yang akan merosakkan saluran otak, hati dan buah pinggang.

Hal ini akan menyebabkan perubahan fungsi limpa seperti kurang darah, keguguran, kematian janin dan kurang berat badan terutamanya ibu yang sedang mengandung.

Apa berlaku bila kena Malaria

Kejadian yang sering berlaku kepada pesakit malaria adalah demam berperingkat-peringkat dengan rasa sejuk kemudian panas dan diakhiri dengan berpeluh dan rasa sihat.

Pusingan tahap ini akan berlaku kepada pesakit malaria selagi tidak mendapat rawatan yang sempurna.

Malaria dapat dikesan dengan pemeriksaan darah menggunakan mikroskop. Pesakit malaria perlu cepat dikesan supaya boleh diberi rawatan secepat mungkin.

Sekiraqnya pesakit malaria lambat dikesan dan diberikan rawatan yang sempurna, ia akan membahayakan diri sendiri dan orang di sekeliling. Walau bagaimanapun, pencegahan dari gigitan nyamuk amatlah penting.

Komplikasi daripada penyakit malaria boleh dilihat melalui tanda-tanda seperti:

  • Loya dan muntah-muntah
  • Demam yang sangat tinggi
  • Kelihatan pucat dan keletihan
  • Kerosakan buah pinggang
  • Bengkak paru-paru
  • Kerosakan otak
  • Meracau, pengsan dan boleh membawa maut

Siapa terdedah kepada malaria

Tidak semua orang boleh dijangkiti malaria. Kecuali mereka yang terdedah kepada gigitan nyamuk tiruk.

Contohnya adalah seperti tinggal di rumah yang terdedah kepada kemasukan nyamuk, rumah yang terletak di kawasan hutan atau berhampiran, melakukan aktiviti di luar rumah pada waktu senja dengan tidak memakai baju yang terdedah kepada gigitan nyamuk.

Cara mencegah jangkitan malaria

Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan bagi mencegah daripada kena gigitan nyamuk rituk dan seterusnya dapat elakkan dari Malaria:

  • Membuat unggun api
  • Memasang ubat nyamuk
  • Menggunakan kelambu berubat
  • Semburan berubat
  • Dan memakan ubat

Kelambu yang boleh bunuh nyamuk

Kelambu berubat dah biasa digunakan untuk aktiviti pencegahan malaria ini. Terkini, syarikat BASF telah melancarkan produk terbaru mereka kelambu berubat yang mengandungi bahan chlorfenapyr. Ia merupakan bahan pertama yang disyorkan oleh WHO dalam tempoh 30 tahun.

Walaupun peratusan masalah malaria telah berkurangan sebanyak 60% sejak tahun 2000, tapi ia tetap menjadi salah satu pembunuh utaa manusia terutamanya di Afrika.

Seramai kira-kira 430 ribu orang mati akibat masalah malaria. Di Afrika, seorang kanak-kanak mati disebabkan oleh malaria setiap 2 minit!.

Kebanyakan nyamuk tiruk telah menjadi kebal terhadap racun serangga yang dah biasa di gunakan yang ada di dalam pasaran sekarang. Menurut laporan, tahap kekebalan nyamuk telah meningkat sehingga 1000 kali ganda!.

Ini menjadikan aktiviti membunuh nyamuk dengan racun biasa adalah sukar. Sebab itulah kehadiran racun baru yang lebih berkesan seperti yang dikeluarkan oleh BASF ini amat penting bagi mengawal malaria dari terus merebak.

Kelambu berubat untuk membunuh nyamuk tiruk ini boleh tahan digunakan selama 3 tahun dan kekal berkesan dalam 20 kali basuhan.

Sumber maklumat kat sini.

Jika anda perlukan khidmat kawalan nyamuk seperti aktiviti fogging atau larvaciding bagi membunuh jentik-jentik, gunakan khidmat syarikat kawalan serangga Easelife Services Sdn Bhd. Syarikat yang berlesen dan bertauliah dan berpengalaman sejak tahun 1998. Hubungi Puan Siti untuk maklumat lanjut di nombor 012-2067357

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, BASF keluarkan kelambu yang boleh bunuh nyamuk untuk kawal masalah Malaria

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment