Wednesday, September 20, 2017

Kes Denggi negara meningkat dari September 4 hingga 9 - Ketua Pengarah Kesihatan

  Anonyme       Wednesday, September 20, 2017
Kes demam denggi yang dilaporkan untuk sepanjang minggu ke-37 tahun ini meningkat kepada 1,223 kes berbanding minggu lalu yang dilaporkan sebanyak 1,117 kes. Demikian menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah.

Untuk keseluruhan kes bermula tahun 2017 ini, sebanyak 66,906 kes telah dilaporkan.

Ini merupakan jumlah yang menurun berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu yang mencatatkan sebanyak 78,077 kes. Terdapat pengurangan sebanyak 11,171 kes.

Secara keseluruhannya, kes demam denggi nampaknya berkurangan pada tahun ini, setakat ini berbanding dengan tahun yang lalu. Itu satu perkembangan yang baik untuk rakyat negara keseluruhannya.

Peningkatan kes demam denggi pada tempoh september 4 hingga september 9 walaupun tidak berapa ketara sangat tetap diberikan perhatian sepenuhnya oleh pihak berwajib. Ini untuk pastikan jumlah keseluruhan kes dapat dikurangkan sepanjang tahun berbanding tahun yang sudah.

Kes kematian akibat denggi berkurang

Statistik kematian setakat ini di seluruh negara juga nampaknya mencatatkan penurunan. Pada tahun 2016 untuk tempoh yang sama seramai 176 orang telah menemui maut akibat demam denggi. Untuk tahun 2017 setakat ini, kes kematian adalah berjumlah 149 kes.

Kes kematian akibat denggi telah berkurangan seramai 27 orang untuk tahun ini setakat ini.

Untuk kes wabak denggi pula, setakat ini, sebanyak 438 lokasi telah dilaporkan berlaku di semua 14 negeri. Untuk tempoh semasa, lokasi wabak yang masih berlaku adalah di sebanyak 7 lokasi di sekitar 6 buah negeri.

Jika anda perlukan khidmat Fogging untuk kawalan nyamuk di premis anda, dapatkan khidmat tersebut dari Syarikat Pest Control yang berlesen. Hubungi Puan Siti dari Syarikat Bertauliah Easelife Services Sdn Bhd di nombor 012-2067357.

Waspada kes denggi selepas musim hujan

Sekarang merupakan musim hujan di kebanyakan tempat di seluruh negara. Hujan lebat sehingga banyak tempat yang dilanda banjir.

Musim hujan seperti ini perlu diberikan perhatian sewajarnya. Bila negara hujan, akan ada banyak sumber air di merata tempat.

Jika amalan kebersihan tidak diberikan perhatian, akan ada banyak potensi untuk pembiakan nyamuk aedes. Apa saja bekas buangan yang mampu menakung air perlu dimusnahkan atau diselenggarakan dengan baik.

Jangan buang sampah merata tempat dan dibiarkan ia menjadi tempat takungan air dan seterusnya bertukar menjadi pusat pembiakan nyamuk. Jika terjumpa bekas sebegitu, ringankan tulang untuk hapuskannya.

Tugas membenteras wabak denggi adalah tugas semua orang dan tidak patut dilepaskan hanya kepada pihak yang berwajib sahaja.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kes Denggi negara meningkat dari September 4 hingga 9 - Ketua Pengarah Kesihatan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment