Ianya semurah USD1 sahaja. Atau bersamaan dengan RM4.20 lebih kurang jika ditukarkan ke dalam nilai matawang Malaysia. Para saintis sedang giat berusaha untuk komersialkan pembuatan alat ujian itu agar ianya dapat diguna pakai secara meluas di seluruh dunia.
Pemeriksaan yang pantas dalam mengenal pasti wabak seperti denggi atau zika itu amat penting untuk usaha membenteras dan mengawal menyebarannya kepada orang ramai.
Penting untuk uji antara denggi atau zika
Macam mana nak tentukan samada pesakit yang sedang demam itu mengidap masalah denggi atau zika? Kedua-dua penyakit yang merbahaya itu punya simtom yang hampir sama. Kedua-duanya akan menghadapi masalah demam, sakit kepala dan sakit sendi.
Dari segi simptom, tak banyak yang dapat diketahui antara denggi atau zika. Biasanya ujian terpaksa dilakukan dengan mengambil sampel darah untuk dihantar dan dilakukan ujian di makmal. Ini melibatkan kos tinggi dan masa yang diambil adalah lama.
Masalah yang paling ketara adalah apabila pesakit sebenarnya terkena virus zika. Virus ini boleh membuatkan bayi cacat dan ia boleh merebak melalui hubungan seks. Itu yang membuatkan zika perlu dikesan dengan pantas terutamanya terhadap wanita yang sedang mengandung dan pasangannya.
Ujian pantas hanya 15 minit saja
Dengan adanya ujian baru ini, samada denggi atau zika dapat dikenal pasti hanya dalam tempoh 15 minit sahaja. Sampel darah dapat diuji dengan menggunakan kepingan kertas. Ianya mudah dan amat pantas. Dan paling penting ianya murah.
Ujian yang murah dan pantas ini dapat digunakan pakai di seluruh pelusuk dunia samada di negara maju atau negara mundur.
Untuk maklumat yang lebih mendalam boleh baca laporannya di sini.
No comments:
Post a Comment