Friday, October 6, 2017

Bagaimana pepijat menyusup masuk dalam pakaian kotor anda di bilik hotel

  Ano Nyme       Friday, October 6, 2017
Anda tentu pernah hadapi masalah serangan pepijat yang secara tiba-tiba ada di rumah. Sebelum ini memang tak pernah ada seekorpun pepijat kat rumah anda. Tapi tiba-tiba ia muncul sejak anda balik dari perjalanan ke luar kawasan dan menginap di sebuah hotel.

Ya!, pepijat yang sekarang muncul di rumah anda itu berkemungkinan datang dari hotel yang telah anda sewa sebelum ini. Itu adalah salah satu dari punca bagaimana pepijat boleh ada di rumah anda sekarang.

Sudah tentu ada lagi cara lain yang membawa pepijat datang ke rumah anda. Tapi kita cuba tumpukan kes pepijat yang datang dari hotel yang telah anda tinggal sebelum ini sahaja dalam artikel ini.

Pepijat menyusup masuk pakaian kotor


Ramai yang percaya pepijat termauk secara tak sengaja menyorok ke dalam beg yang anda letakkan di dalam bilik hotel. Memag betul!, itu satu cara pepijat menjadi tetapu tidak diundang yang anda kemudiannya bawa bersama dalam perjalanan balik ke rumah.

Tapi pepijat bukannya masuk secara tiba-tiba atau secara tak sengaja. Ada cara tertentu yang mempengaruhi pepijat merayap dan pergi melepak dan menyelit kat celah pakaian anda di dalam beg tersebut.

Faktor yang mendorong dengan kuat untuk memanggil pepijat menyusup masuk ke celah pakaian anda adalah apabila pakaian yang sudah anda pakai tersepuk di dalam bilik hotel yang memang sedia ada pepijat.

Abda bangun pagi tergesa-gesa di atas katil bilik hotel, buka pakaian tidur dan sepuk atas lantai atau atas katil, atau kat mana-mana saja yang berhampiran dengan tempat pepijat menyorok kat dalam bilik itu.

Bawa balik pepijat ke rumah


Pergi mandi dan kemudiannya bergegas bersiap dan terus keluar dari bilik hotel menuju ke tempat kerja anda. Masa itulah pepijat akan menyusup masuk di celah pakaian kotor anda itu. Bila balik, anda kemas pakaian kotor masuk dalam beg, simpan kat dalam tu tanpa menyedari di celahnya terselit beberapa ekor pepijat.

Kemudiannya anda bersedia nak check-out dari bilik hotel, kemas semua barang dan angkat beg balik ke rumah. Sampai kat rumah, beg diletakkan dalam bilik tidur rumah anda dan buka beg dan longgokkan pula pakaian kotor atas lantai sebelum di bawa basuh.

Masa itulah pepijat menyusup keluar pula dan mula menginap kat dalam bilik tidur di rumah anda pula. Dan bermulalah pembiakan demi pembiakan dan sedar-sedar, anda mula perasan badan mula rasa gatal setiap kali bangun dari tidur di rumah anda. Pepijat dah mula menjadikan hidup anda tidak keruan.

Pakaian kotor jadi tarikan pepijat


Apa yang saya terangkan di atas tadi adalah hasil daripada satu kajian yang dilakukan oleh para pengkaji. Kajian itu dilaporkan di dalam Majalah Scientific Reports di luar negara baru-baru ini.

Pengkaji buat ujikaji bandingkan pengaruh pakaian yang sudah di pakai dengan pakaian yang baru dan belum dipakai oleh manusia. Kedua-dua bungkusan pakaian itu diletakkan di tempat yang memang ada pepijat.

Bila dibiarkan beberapa lama, pepijat mula masuk ke dalam pakaian yang kotor dan sudah dipakai berbanding pakaian yang bersih dan belum dipakai oleh orang. Mereka lakukan ujain berkali-kali dan keputusannya adalah sama.

Pepijat rupa-rupanya ditarik oleh kesan samada bau atau lain-lainya, yang terlekat pada pakaian yang sudah dipakai oleh manusia. Itulah yang menarik perhatian pepijat sebab memang mereka jadikan darah manusia sebagai makanan.

Sumbat dalam beg pakaian yang terpakai


Jadi selepas ini, pastikan anda jangan campak dan taburkan pakaian merata tempat bila duduk kat dalam bilik hotel. Masukkan pakaian yang terpakai ke dalam beg kedap udara dan tutup dengan baik dan kemas.

Itu adalah cara yang selamat untuk pastikan kalau pepijat ada kat dalam bilik hotel tersebut, dia tak terjun masuk dan menyelinap di celah pakaian kotor anda untuk dibawa balik ke rumah.

Sumber maklumat dan gambar adalah dari The Malay Mail Online.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana pepijat menyusup masuk dalam pakaian kotor anda di bilik hotel

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment