Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, dengan ada perisian itu, mereka akan dapat memantau samada potensi wabak sedang berputik di sesuatu kawasan. Software yang menggunakan teknologi yang dipanggil 'artificial intelligence epidemiology' dapat mengetahui wabak sedang bermula daripada laporan kes-kes demam denggi yang dilaporkan.
Dari maklumat yang diberikan melalui perisian tersebut, pihak bertanggung jawab akan segera bertindak bagi mengawal masalah itu dan membenterasnya agar tidak berlanjutan. Perkara itu diumumkan dalam satu upacara pengistiharan kawasan larangan merokok di Bukit Bendera baru-baru ini.
Kes demam denggi di Pulau Pinang stabil
Setakat ini, dalam tempoh 9 bulan, negeri P Pinang telah mencatatkan sebanyak 12 julah kematian akibat dari ke sdemam denggi. Tempoh yang sama tahun lalu mencatatkan sebanyak 13 kes kematian.
Secara keseluruhannya, kes demam denggi menyaksikan penurunan pada tahun ini berbanding tahun lepas. Namun menurut Ketua Menteri, jumlah kematian masih ditahap yang membimbangkan dan perlu segera di kawal dengan lebih berkesan.
Mereka akan menggunakan teknik yang digelar sebagai, "Crush Aedes Totally", atau dalam Bahasa melayunya, hapuskan nyamuk aedes secara total, bagi mengurangkan kejadian ke demam denggi di Pulau Pinang.
Ke arah negeri sihat
Dalam pada itu, program untuk menjadikan Bukit Bendera sebagai kawasan larangan merokok telah diistiharkan. Ia sebagai satu usaha pihak negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang menggalakkan budaya sihat untuk para penduduknya.
Proses seterusnya adalah permohonan kepada Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan kawasan larangan merokok itu dan apabila diluluskan, ianya akan digazetkan kepada umum sebagai kawasan larangan merokok.
Kawasan-kawasan yang telah digazetkan sebagai kawasan larangan merokok di Pulau Pinang sekarang ada lah:
- Air Itam Dam
- Taman Perbandaran
- Taman Botani
- Teluk Bahang Dam
- Taman Bandar Ampang Jajar
- Mengkuang Dam
No comments:
Post a Comment