Thursday, May 3, 2018

Negeri mana paling teruk diserang masalah pepijat?

  Mohd Shubhi       Thursday, May 3, 2018



Agak-agak, negeri manakah di negara kita Malaysia ini yang paling teruk di landa masalah serangan pepijat?

Anda tentu nak tahu bukan?

Anda tinggal di negeri mana?

Adakah anda hadapi masalah serangan pepijat di rumah anda sekarang?

Kalau tak ada pepijat di rumah lagi, bagus!. Pastikan rumah anda bebas dari masalah pepijat si penghisap darah itu. Pepijat mampu buatkan tidur malam anda menjadi ngeri. Pepijat juga boleh buat anda garu tangan dan badan tak berhenti.

Bila kerap garu itu, ertinya kemungkinan anda telah digigit pepijat ketika sedang tidur. Pepijat akan merayap keluar dari tempat sembunyiannya di celah tilam atau celah katil. Dia memburu darah sebagai makanannya.

Bagaimana pepijat ada di rumah anda

Penting untuk ketahui negeri mana yang paling teruk hadapi masalah serangan pepijat ini. Sebab pepijat boleh berpindah randah dari sebuah tempat ke tampat lain. Boleh berpindah dari satu negeri ke satu negeri lain.

Malah pepijat juga boleh berpindah dari satu negara ke satu negara yang lain.

Tapi bagaimana dia berpindah?

Pepijat akan menumpang pada baju atau beg pengembara yang duduk mengginap di tempat yang memang dah ada pepijat. Mungkin hotel. Mungkin rumahnnya sendiri. Mungkin juga panggung wayang dan mungkin juga bas atau kapal terbang.

Telur atau pepijat yang melekat pada beg atau pakaian di bawa balik ke rumah.

Dari situlah dia mula membiak secara diam-diam tanpa anda sedari. Bila dah ada banyak, barulah terasa badan gatal di sana sini akibat digigit pepijat penghisap darah.

Begitulah caranya pepijat tiba-tiba muncul di dalam rumah anda. Kalau bukan anda sendiri yang mengembara, mungkin jiran atau kawan yang singgah kat rumah. Mungkin anak-anak yang balik bercuti setelah tinggal lama di asrama sekolah.

Negeri paling teruk di serang pepijat

Menurut laporan dari MStar yang membuat satu dokumentasi si penghisap darah di waktu malam ini, Pepijat paling teryk menyerang negeri Selangor. Carta serangan pepijat paling teruk ada seperti di bawah:

  1. Selangor
  2. Perak
  3. Kedah
  4. Pulau Pinang
  5. Johor
  6. Terengganu
Sumber laporan di sini.

Senarai di atas merupakan negeri yang anda perlu berhati-hati ketika menyewa samada rumah atau hotel atau resort serta Chalet. Takut ada pepijat dan terbawa pulang balik ke rumah.

Masalah serangan pepijat paling ketara berlaku di asrama penginapan pekerja. Mungkin penginapan pekerja asing atau mungkin juga pekerja tempatan.

Keadaan pekerja yang tidak menetap setempat dan kerap berpindah itu memungkinkan mereka terbawa pepijat dari tempat lain.

"Jangan biarkan pepijat terus menghisap darah ketika anda tidur. Hapuskan pepijat 100% dari rumah anda dengan menggunakan Teknik Rawatan Wap Panas. Selamat dan berkesan. Hubungi Puan Siti 012-2067357 untuk maklumat lanjut."
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Negeri mana paling teruk diserang masalah pepijat?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment