Thursday, August 2, 2018

3 tips mudah menghapuskan pepijat melalui pemilihan sarung tilam

  nurthiera       Thursday, August 2, 2018

Bila bercakap tentang pepijat atau beg bugs, anda perlu mengetahui cara untuk melindungi diri anda dan keluarga daripada gigitan makhluk perosak ini.

Salah satu caranya ialah dengan pemilihan sarung tilam yang sesuai dan memenuhi kriteria di bawah:

1. Adakah sarung tilam tutup sepenuhnya?

Sarung tilam yang terbaik perlu meliputi seluruh tilam dari hujung ke hujung. Ini dapat mengelakkan pepijat daripada masuk ke atas katil.

2. Adakah sarung tilam ditutup dengan kemas? 

Sarung tilam dapat membunuh pepijat yang sedia ada dengan mengurunginya dan menghalang ia keluar pada waktu anda sedang tidur. Beli sarung tilam yang berkualiti tinggi supaya anda terlindung dariapda gigitan pepijat.

3. Adakah sarung tilam bebas toksin? 

Sesetengah sarung tilam mengandungi racun perosak untuk membunuh pepijat. Walau bagaimanapun, ia berbahaya kepada manusia. Kalau boleh, cari sarung tilam yang tidak mengandungi bahan-bahan kimia. Pemilihan sarung tilam yang betul dapat melindungi keluarga anda daripada pepijat. Walaupun nampak remeh, tetapi ia adalah kaedah pencegahan yang terbaik untuk jangka masa panjang.

Pemilihan sarung tilam ini adalah penting kerana hampir 90 peratus pepijat yang terdapat di rumah akan membuat sarang di katil. Pepijat akan mudah mengigit ketika anda tidur sekiranya tiada sarung tilam yang dihamparkan pada katil.

Berikut merupakan contoh tilam yang didiami oleh pepijat. 


Adakah tilam anda seperti itu? Jika ada, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:

 1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada pepijat di persekitaran saya ! 2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis Anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 3 tips mudah menghapuskan pepijat melalui pemilihan sarung tilam

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment