Monday, August 13, 2018

4 info mudah tentang pepijat

  nurthiera       Monday, August 13, 2018

Pepijat adalah serangga kecil dan tidak bersayap dan memerlukan darah sebagai sumber makanan.

Oleh itu, tidak hairanlah jika anda menjadi target atau mangsa gigitan pepijat.

Berikut merupakan info mudah tentang pepijat:

1. Kebanyakan pepijat menggigit kita semasa tidur 

Kebanyakkan daripada kita tidak sedar apabila digigit oleh pepijat. Hal ini kerana pepijat menggigit dengan cara yang tidak menyakitkan. Kita hanya sedar digigit apabila ternampak kesan gigitan pada kulit keesokkan harinya.

2. Masa puncak pepijat bergerak aktif adalah antara tengah malam sehingga pagi

Pepijat yang lapar akan cuba untuk makan pada bila-bila masa, tetapi pepijat tidak suka tempat yang cerah dan lebih gemar tempat yang gelap. Satu gigitan akan mengambil masa antara 5 hingga 10 minit sehingga kenyang. Setelah kenyang, pepijat akan kembali ke tempat persembunyiannya.

3. Gigitan pepijat boleh dilihat dengan cepat tetapi mungkin mengambil masa sehingga 14 hari untuk kelihatan

Gigitan pepijat selalunya lebih besar daripada gigitan hama dan kelihatan kemerah-merahan. Gigitan pepijat juga dapat mengakibatkan jangkitan kulit dan meninggalkan parut kesan daripada menggaru gigitan tersebut.

4. Pepijat perlu makan secara kerap untuk terus hidup, bertelur dan bertahan hidup.

Pepijat akan makan setiap 5 ke 10 hari dan pepijat yang sumber makanannya mencukupi mempunyai jangka hayat selama beberapa bulan tetapi hanya dapat bertahan selama 70 hari tanpa sumber makanan yang mencukupi.

Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada pepijat di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat PremisEaselife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 4 info mudah tentang pepijat

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment