Pepijat adalah makhluk parasit yang sukar untuk dihapuskan. Oleh itu, anda tidak perlu gusar kerana terdapat pelbagai kaedah yang dapat dilakukan untuk memastikan pepijat lenyap daripada mengganggu ahli keluarga anda.
Salah satu kaedah yang digunakan oleh Easelife Services adalah melalui rawatan haba. Dengan menggunakan kepanasan haba yang tertentu, pepijat boleh mati dengan serta merta.
Terdapat beberapa variasi rawatan haba yang anda boleh lakukan sendiri:
1. Kotak panas
Buat satu kotak dan isi pemanas pada tempat-tempat yang dijangkakan ada pepijat seperti kasut, cucian kering, selimut, beg pakaian atau bagasi. Pemanasan yang berterusan dengan suhu di antara 47 hingga 50 darjah Celcius dapat membunuh pepijat.2. Stim
Rawatan haba dengan stim dapat membunuh larva, telur pepijat. Oleh kerana penyediaan agak leceh berbanding kaedah kotak panas, rawatan stim sesuai untuk kawasan yang luas seperti bingkai katil, selimut, cadar, langsir dan bantal.3. Pengering pakaian
Pengering pakaian juga boleh memusnahkan pepijat. Haba daripada pengering pakaian dapat membunuh pepijat katil dengan kepanasan selama sekurang-kurangnya 20 minit.4. Seterika
Seterika adalah kaedah rawatan haba yang sering digunakan di rumah. Wap stim seterika dapat menghapuskan pepijat sekiranya dikenakan dengan kepanasan yang sederna kuat dalam beberapa minit.5. Rawatan Haba
Untuk Premis Perniagaan dan Kediaman Biasanya dilakukan oleh profesional yang berpengalaman untuk menghapuskan pepijat.Mereka membawa peralatan khas yang direka khusus untuk kerja mengesan dan menghapuskan pepijat dengan teknik wap panas yang berkesan dan mesra alam.
Kaedah ini lebih berkesan kerana masalah pepijat adalah berbeza untuk setiap rumah dan premis perniagaan. Oleh itu, pakar sahaja tahu bagaimana cara yang terbaik untuk membasmi pepijat.
Kredit: Facebook Easelife Services
Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:
1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada pepijat di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat PremisEaselife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.
No comments:
Post a Comment