MyPestNews

Easelife Pest Control

Friday, August 24, 2018

9 tips mudah menghadapi cuaca panas

  Nurthiera       Friday, August 24, 2018


Panas betul sekarang ni kan!

Anda semua perlu bersedia kerana  cuaca panas dan kering dijangka akan melanda Malaysia dan berterusan sehingga pertengahan bulan September ini.

Sekarang ni, suhu pada waktu tengah hari sahaja boleh mencecah hingga ke 33°C.

Nak buat aktiviti luar pun perlu berfikir banyak kali.

Bahang kepanasan tu terasa sampai ke malam.

Nak tidur pun kadang-kadang tak selesa, memikirkan bahang panas dalam rumah.

Oleh itu, berikut kami sediakan tips untuk menghadapi cuaca panas;

1. Jangan berjemur di tengah panas

Aktiviti berjemur pada waktu matahari terik adalah tidak digalakkan, hal ini kerana dapat mengakibatkan kanser kulit dan kesan penuaan kulit bagi jangka masa yang panjang. Oleh itu, elakkan aktivi berjemur pada waktu panas okay.

2. Banyakkan minum air kosong

Air kosong dapat membantu mengurangkan dehidrasi waktu musim panas. Oleh itu, banyakkan minum air kosong untuk mengekalkan kecerdasan waktu musim panas.

3. Pakai topi atau payung yang bersaiz besar

Topi atau payung dapat menghalang dari cahaya matahari terkena kita secara direct, ia juga membantu untuk mengurangkan ketidak selesaan apabila berjalan di tempat panas. Oleh itu, pemilihan topi atau payung yang bersesuaian pada musim panas juga amat membantu dalam menghadapi cuaca panas.

4. Kurangkan aktiviti luar

Kurangkan aktiviti luar pada waktu siang kerana hal ini dapat mengurangkan peningkatan suhu badan jika melakukan aktiviti extreme. Ini juga untuk mengelakkan anda terkena strok haba jika badan tidak dapat menampung suhu yang berlebihan.

5. Berehat dengan kerap di tempat yang teduh dan sejuk

Lebihkan aktiviti indoor bersama keluarga atau rakan-rakan. Hal ini untuk mengelakkan anda terkena strok haba jika melakukan aktiviti luar.

6. Buka tingkap rumah atau kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan

Ini adalah untuk pengudaraan yang bagus di dalam rumah. Untuk mengelakkan anda menjadi tidak selesa apabila berada di dalam rumah.

7. Memakai pakaian yang berwarna terang dan longgar

Anda digalakkan untuk memakai pakaian yang nipis, untuk mengelakkan dari berpeluh secara berlebihan akibat cuaca panas. Seeloknya anda memilih pakaian yang diperbuat daripada kain kapas atau linen ketika musim panas.

8. Gunakan losyen pelindung matahari

Losyen pelindung matahari amat penting untuk kulit, tambah-tambah musim panas sekarang ni. Kulit yang terdedah dengan cahaya matahari tanpa pelindungan losyen sunblock ini amat berisiko untuk terkena kanser kulit atau merosakkan kulit.

9. Minum minuman isotonik atau air kelapa

Minuman istonik dan air kelapa mengandungi gabungan air, gula dan eloktrolit yang sesuai untuk sistem hidrasi badan manusia. Minuman tersebut dapat menggantikan air, garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh. Oleh itu, pengambilan minuman tersebut ketika musim panas amat disarankan untuk mengembalikan suhu badan kepada paras normal.




Stay safe and cool everyone ~~~☺☺☺☺
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 9 tips mudah menghadapi cuaca panas

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment