Monday, August 6, 2018

6 tips mudah menghalau lipas dari rumah

  nurthiera       Monday, August 6, 2018


Jangan biarkan lipas bermaharajalela di rumah anda!

Tak tahu cara nak menghalau lipas dengan berkesan?

Berikut merupakan petua menghalau lipas dari rumah.

Amalkan petua-petua ini:

1) Ambil sebuku sabun mandi dan potong dadu. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini pada setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja selama beberapa hari dan lihat hasilnya.

2) Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari selepas terkena lemon itu. Selepas beberapa hari, apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.

3) Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang terdapat banyak lipas. Kemudian secara perlahan-lahan lipas akan mati.

4) Seterusnya, Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.

5) Jika terlalu banyak lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek, kemudian campurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti bergedel dan letak di tempat banyak lipas.

6) Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang dan jangan lupa untuk tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.

Kredit : Karangkraf & Fb Easelife Pest Control Services

Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:
1. Klik link berikut untuk respon pantas --> Ada lipas di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah makhluk perosak di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 6 tips mudah menghalau lipas dari rumah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment