Wednesday, September 5, 2018

3 tindakan tidak patut dilakukan jika rumah ada anai-anai

  nurthiera       Wednesday, September 5, 2018

Rumah anda ada anai-anai?

Jangan panik dan terkejut.

Anai-anai mungkin berada di rumah anda sudah lama, tetapi baru munculkan diri.

Anda boleh buat carian google atau bertanya kawan-kawan tentang perihal anai-anai ni, tetapi anda jangan buat benda yang boleh menyebabkan anai-anai lari ke tempat lain. 

Anai-anai kalau dah lari ke tempat lain, memang susah la kita nak cari dan tunggu dia muncul kembali.

Berikut merupakan tindakan yang tidak patut dilakukan jika terdapat anai-anai di kediaman anda:

1. Menggangu laluan anai-anai 

Sekiranya anda menyapu, mencuci atau membersihkan tempat terdapatnya anai-anai tersebut, itu sudah dikira mengganggu laluan mereka. Anai-anai akan lari ke tempat lain dan tidak akan berada di tempat itu lagi jika anda menggangu laluan mereka. Hal ini kerana anai-anai akan merasa terancam dengan tindakan anda.

Anda mungkin akan berasa lega kerana anai-anai dah tak berada di kawasan tersebut, tapi tahukah anda anai-anai akan membuat laluan di tempat baru dan ini akan menjadikan kawasan lain di rumah anda berisiko tinggi menjadi sumber makanan mereka. 

2. Menggunakan semburan kimia tanpa sukatan yang betul

Terdapat juga mereka yang mendapatkan bahan kimia di kedai hardware untuk membunuh anai-anai. Tetapi harus diingat, penggunaan bahan kimia tanpa sukatan yang betul juga boleh membahayakan kesihatan anda sekeluarga. Anai-anai mungkin mati, tetapi hanya di tempat yang terkena bahan kimia itu sahaja. Anai-anai yang tidak terkena bahan kimia akan terus hidup dan merosakkan kediaman anda. 

3. Menunggu terlalu lama untuk mendapatkan nasihat pakar

Anai-anai sudah lama bersarang dirumah, dah dimakannya habis perabot di rumah, anda pula mengambil masa untuk menghubungi pakar anai-anai, sudah tentu lah ini tindakan yang hanya akan merugikan anda. Oleh itu, sebaik-baiknya dapatkan bantuan sebelum terlambat.

Seperti yang anda lihat, kesan serangan anai-anai boleh menyebabkan kerugian yang besar.

Jangan tunggu sehingga anda melihat perabot dan barang di rumah anda dimakan anai-anai.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang anai-anai, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini: 

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada anai-anai di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah anai-anai di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 3 tindakan tidak patut dilakukan jika rumah ada anai-anai

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment