MyPestNews

Easelife Pest Control

Friday, September 21, 2018

4 tanda mudah kehadiran tikus - Siri 2

  Nurthiera       Friday, September 21, 2018

Bayangkan anda masuk ke dapur dan terlihat tikus berlari di dapur anda. Alangkah terkejutnya ! Mesti anda berfikir dari mana datangnya tikus ini semua. Walau hanya sekejap tikus berada di rumah kita, itu sudah cukup untuk meninggalkan kesan yang mampu membahayakan anda sekeluarga.

Tikus adalah sejenis haiwan nocturnal iaitu haiwan yang hanya aktif pada waktu malam. Jika anda perasan akan kehadiran tikus di kediaman anda pada waktu siang dan terdapat banyak kesan yang ditinggalkan, itu bermaksud terdapat banyak tikus yang mendiami kediaman anda. Hal ini kerana, anda tidak mungkin akan menjumpai tikus pada waktu siang jika bilangannya tidak banyak.

Oleh itu, anda perlu tahu tanda-tanda kehadiran tikus di kediaman anda supaya anda dapat melindungi ahli keluarga daripada penyakit bawaan tikus ini.

Berikut merupakan tanda mudah yang dapat dikesan jika kediaman anda terdapat makluk perosak seperti tikus:

1)Terdapat najis (dropping) tikus di kediaman anda


Tikus adalah haiwan kotor yang akan meninggalkan najis khususnya di sudut - sudut ruang untuk mengekalkan tanda keberadaan mereka di kediaman anda. Gambar di atas adalah contoh najis tikus mengikut jenis - jenis tikus yang mungkin ditinggalkan di kediaman anda.

Jesteru itu, pentingnya bagi anda mengetahui jenis najis yang ditinggalkan untuk mengenal pasti haiwan yang mendiami kediaman anda. Oleh itu, anda seharusnya tidak boleh mengambil mudah jika tedapat najis tikus di kediaman anda. Hal ini dikhuatiri dapat memberi kesan negatif kepada ahli keluarga anda.

2) Kesan kencing tikus dalam kediaman anda


Tikus adalah haiwan yang menjijikkan dan jika terdapat bau hancing yang kurang menyenangkan, berkemungkinan tikus sudah kencing di kediaman anda. Anda perlu tahu, kencing tikus boleh tersejat dan kering mengikut masa ia tinggalkan kesan tersebut. Tetapi, virus bawaan kencing tikus itu masih berada di situ. Terdapat virus Leptospira yang menyebabkan penyakit Leptospirosis ataupun kencing tikus yang dapat membawa maut. Oleh itu, pentingnya anda mengekalkan kebersihan kediaman anda untuk menghalang tikus dari mendiami rumah anda.

3) Kesan minyak pada bahagian kediaman anda


Anda harus tahu, tikus dapat masuk ke kediaman anda melalui lubang sekecil 1cm lebar sahaja. Ketika melalui lubang - lubang tersebut, tikus akan meninggalkan kesan berminyak disebabkan oleh kotoran yang melekat di badan mereka. Gambar di atas merupakan contoh kesan berminyak yang ditinggalkan oleh tikus.

Tikus kecil selalu meninggalkan kesan minyak yang sedikit, tetapi jika terdapat kesan berminyak yang banyak dan hitam seperti gambar di atas, kediaman anda mungkin menjadi tempat pembiakan tikus. Oleh itu anda seharusnya lebih berwaspada jika menjumpai kesan - kesan minyak di kediaman anda.

4) Jejak tikus di kediaman anda


Anda mungkin menjumpai jejak tapak kaki tikus di kediaman anda. Jenis jejak tapak kaki dan ekor tikus boleh menjadi tanda aras kepada anda untuk mengetahu jenis tikus yang menganggu kediaman anda. Tikus kecil mempunyai tapak kaki yang kecil berukuran 3/8 inci atau kurang manakala tikus besar berukuran 3/4 inci ke 1 inci. Oleh itu pentingnya bagi anda mengenalpasti jejak - jejak ini untuk menghalang tikus dari berleluasa di sekeliling anda.


Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak. 

Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak seperti tikus ini. 

Kawalan perosak diperlukan kerana haiwan seperti tikus dan beberapa serangga membawa penyakit, mengotorkan dapur dan bilik tidur serta boleh menggigit anda. 

Tujuannya adalah untuk menghapuskan sebarang jenis haiwan perosak di rumah, garaj atau halaman anda adalah untuk memastikan anda sekeluarga selamat dan sihat. 

Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini: 

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542 2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 4 tanda mudah kehadiran tikus - Siri 2

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment