Monday, September 3, 2018

4 tips mudah mengelakkan pepijat selepas pulang bercuti

  nurthiera       Monday, September 3, 2018

Adakah anda seorang traveller?

Tahukah anda bahawa pengembara atau traveller berpeluang tinggi untuk membawa pulang pepijat ke rumah?

Sekiranya anda tidak mahu pepijat mendatangkan masalah kesihatan setelah anda pulang travel,

berikut adalah beberapa tip yang anda boleh ikuti:

1. Pastikan bagasi anda tidak diletakkan di lantai

Tips penting ketika bercuti, pastikan bagasi anda tidak diletakkan di atas lantai jika di dalam bilik hotel sekalipun. Letakkan bagasi anda di tempat yang disediakan oleh pihak hotel. Ini untuk mengelakkan bagasi anda dimasuki pepijat dan bersarang di bagasi anda.

2. Pastikan bagasi anda ditutup dan dizip sepanjang masa

Bagasi yang ditutup rapi dapat menghalang dari pepijat untuk menjadikan bagasi anda sebagai target. Oleh itu, pastikan bagasi anda bertutup rapi untuk mengelakkan dimasuki pepijat.

3. Keluarkan makanan dari bagasi dan tutup makanan dengan bekas kedap udara

Makanan yang disimpan di dalam bagasi dapat menarik bukan sahaja pepijat malah makluk perosak lain. Oleh itu, dinasihatkan untuk mengeluarkan semua makanan di dalam bagasi anda ketika bercuti. Ini untuk mengelakkan dari pepijat serta makluk perosak lain yang terdapat di dalam hotel dari tinggal dan menghuni bagasi anda.

4. Buang semua kotak kadbod sebaik sahaja anda pulang ke rumah.

Hal ini kerana pepijat suka bertelur di dalam kotak kadbod, oleh itu disarankan untuk buang semua kotak kadbod yang anda bawa pulang ke rumah setelah selesai bercuti.

Semoga bermanfaat kepada anda semua.

Oleh itu, serahkan masalah pepijat kepada pihak yang pakar.

Di Easelife Services, kami menggunakan rawatan haba dan amat berkesan dalam menghapuskan pepijat ini.

Rawatan yang selamat dan menyeluruh tanpa menggunakan racun.

Kredit: Fb Easelife Bedbugs

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan haba bagi menghapuskan pepijat, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada pepijat di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 4 tips mudah mengelakkan pepijat selepas pulang bercuti

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment