MyPestNews

Easelife Pest Control

Friday, September 28, 2018

Sebab utama anai anai memilih kediaman anda

  Nurthiera       Friday, September 28, 2018

Adakah anda tahu bahawa sarang anai - anai boleh mencapai sedalam 10 meter ke dalam tanah? Hal ini disebabkan kelembapan tanah akan bertambah seiring dengan kedalaman tanah kerana berada berdekatan dengan sumber air. Anai - anai membuat sarang di dalam tanah kerana mereka suka akan kelembapan, tempat yang dingin serta terlindung dari cahaya matahari. 

Anai - anai hanya mempunyai lapisan kulit nipis dan tidak mempunyai kulit atau exoskeleton seperti semut atau lipas. Oleh itu, tanpa kelembapan yang cukup anai - anai akan tidak mampu untuk bertahan hidup pada masa jangka yang lama. 

Anai - anai merupakan serangga yang hidup secara berkoloni dan mempunya kasta di kalangan mereka. Gambar di atas menjadi contoh kepada aktiviti anai - anai pekerja yang dilakukan secara berkumpulan sambil di kawal selia oleh anai - anai askar.

Sebelum ini, kita sering diajukan soalan seperti tanda awal kehadiran anai -anai, perihal anai- anai serta tips pengawalan anai - anai. Tetapi adakah anda pernah ditanyakan soalan atau terasa ingin bertanya apakah yang menjadi sebab utama anai - anai ini masuk ke dalam rumah anda dan menjadikan perabot anda sebagai mangsa serangan mereka?

Berikut merupakan sebab utama anai - anai menyerang kediaman anda:

1) Terdapat kayu yang menjadi sumber makanan anai - anai


Anda perlu tahu, sebab utama anai - anai menyerang kediaman anda adalah kerana terdapatnya kayu yang menjadi sumber makanan mereka atau lebih tepat lagi cellulose di dalam kayu. Anai - anai memerlukan nutrient penting seperti cellulose dan serat organik yang terdapat di dalam kayu dan tumbuhan lain seperti rumput. Apabila dicerna, cellulose ini memberi anai - anai nutrient yang diperlukan. Oleh itu, kayu amat penting kerana dapat menghasilkan cellulose yang merupakan nutrient utama yang diperlukan anai- anai untuk terus hidup.

Anai - anai tidak memilih untuk menyerang kayu yang elok atau sudah lapuk, tetapi anai - anai akan cenderung memakan kayu yang sudah lapuk atau lembab kerana terdapat fungi yang memberi kelambapan dan memberi nutrient kepada mereka. Oleh itu, pentingnya bagi anda membuang semua kayu - kayu lembab atau tidak digunakan di kediaman anda untuk menghalang anai - anai dari bersarang dan menghuni kediaman anda.

Anai - anai selalu akan menyerang bahagian kayu seperti kerangka pintu, kerangka tingkap, parquet atau lantai kayu, skirting kayu, siling dan binaan kabinet kayu yang terdapat di kediaman anda. Oleh itu, anda perlu memeriksa sekeliling rumah anda jika terdapat perabot atau bahagian rumah anda yang berasaskan kayu bagi mengawal kehadiran anai - anai ke rumah anda.

Jika terdapat tanda - tanda kehadiran anai - anai di kawasan berkayu di kediaman anda, langkah pencegahan anai- anai adalah perlu bagi membanteras kegiatan anai - anai sebelum mereka merosakkan kediaman anda.


Anai - anai merupakan serangga yang rajin sehingga terdapat peribahasa yang sering digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang dilakukan dengan tekun dan rajin iaitu seperti anai - anai makan kayu. Tetapi jangan tertipu kerana rajinnya anai - anai dapat memberi kesan buruk kepada anda dan boleh menyebabkan kerugian yang besar.

Jangan tunggu sehingga anda melihat perabot dan barang di rumah anda dimakan anai-anai. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang anai-anai, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini: 

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Athira 010-234 2542
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Sebab utama anai anai memilih kediaman anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment